banner articles

Melaka mahu bina terowong dasar laut rentas Selat Melaka

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah terowong dasar laut bagi rangkaian sistem rel yang menghubungkan Melaka dan Dumai di Indonesia.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata mengikut perancangan, terowong itu akan dibina merentasi Selat Melaka.

"Ini adalah perancangan jangka panjang. Jarak paling hampir antara Melaka dan Dumai ialah 47 kilometer," katanya pada sidang media selepas Pelancaran Melaka Week di Expo 2020 Dubai di Pavilion Malaysia hari ini.

Mengulas perkara sama, EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata setakat ini, sebuah firma menyatakan minat untuk membina terowong itu.
 
Beliau berkata bagaimanapun, projek itu memerlukan persetujuan dan kelulusan kerajaan Indonesia sebelum pembinaannya dijalankan.
 
"Firma dari Malaysia hanya mampu menampung 50 peratus daripada kos keseluruhan projek.
 
"Jika semuanya berjalan lancar, pembinaan terowong itu akan mengambil masa empat ke lima tahun," katanya.
 
Projek itu dijangka mampu menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang lebih tinggi bagi Melaka. Ketika ini, ekonomi Melaka banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan namun sektor pembuatan juga semakin menunjukkan peningkatan.
 
Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata langkah itu merupakan satu kaedah…
Berita Global
Sekurang-kurangnya tujuh buah kereta jenis Honda Civic model tahun 1990-an dikesan diparkir secara…
Informasi
  Sehubungan itu, semua trafik dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Kampung Pandan akan…