Melaka beralih Fasa 2, Negeri Sembilan Fasa 3 PPN bermula 4 September

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing akan beralih ke Fasa Dua serta Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Sabtu ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Beliau berkata, peralihan fasa PPN bagi kedua-dua negeri itu dibuat oleh Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut sebulat suara bersetuju untuk ia dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perdana Menteri berkata, jawatankuasa khas tersebut akan melibatkan wakil daripada parti pembangkang yang merupakan satu usaha kolektif untuk membabitkan semua pihak berkepentingan.


"Ini bagi memastikan pemulihan negara berjalan seperti yang telah dirancang, seiring dengan semangat Keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

 

Ismail Sabri berkata, mesyuarat turut bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung pelancongan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 

- Bernama
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Langkah tersebut diumumkan susulan peralihan fasa yang membabitkan sebahagian negeri di dalam Pelan…
Berita Domestik
Peralihan Fasa 2 kepada Fasa 3 di kawasan Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor); Melaka…
Berita Domestik
Penyeragaman itu walaubagaimanapun dikecualikan bagi kawasan yang tertakluk di bawah pelaksanaan…