Melaka: Bayar zakat fitrah secara pandu lalu

oleh SALINA JALIL|
Jawatankuasa Masjid As-Salihin di Kampung Paya Rumput, Melaka memperkenalkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara pandu lalu, mulai petang semalam.


Setiausahanya, Roslan Yahya berkata, kekangan pembayaran secara dalam talian dalam kalangan penduduk kampung menyebabkan mereka memilih untuk membayar secara pandu lalu.


Beliau berkata, kaedah itu akan berterusan sehingga menjelang Syawal bagi membolehkan semua penduduk membuat pembayaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Sambutan amat menggalakkan terutama penduduk berkereta dan bermotosikal termasuk dari taman perumahan berhampiran dan orang ramai yang melalui kawasan masjid ini.

 

"Cara ini lebih mudah berikutan pembayar tidak perlu keluar dari kereta dan masuk ke masjid, sebaliknya hanya menunggu di dalam kereta sahaja.

 

"Konsep ini nyata lebih pantas, mudah dan menjimatkan masa serta pada masa sama mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan penularan wabak pandemik Covid-19 di negara ini," katanya.

 

Roslan berkata, bagi memudahkan pembayaran, hanya laluan sehala disediakan dengan dua amil bertugas mengikut situasi dan keperluan semasa.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Global
Supercar yang hadir dengan nadi W16 berkuasa 1,578 hp itu berkeupayaan untuk mencapai kelajuan…
Berita Domestik
Pengerusi OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham…
Berita Domestik
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata,…