Melaka bakal jadi hab pemasangan EV pertama di Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Beberapa syarikat antarabangsa dari China menunjukkan minat untuk menjadikan negeri ini sebagai hab pemasangan kereta elektrik (EV) pertama negara pada tahun hadapan.


Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, cadangan syarikat berkenaan sedang dibincangkan dan diteliti sebelum diputuskan dalam masa terdekat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, kehadiran industri pemasangan EV di Melaka turut membawa masuk teknologi-teknologi baharu.

 

“Mereka turut mencadangkan EV ini dijenamakan sebagai EV pertama kebangsaan. Jadi saya sedang meneliti cadangan berkenaan.

 

“Saya akan melihat dengan lebih terperinci kawasan-kawasan industri yang sesuai dengan industri pemasangan EV yang pertama di Malaysia,” katanya selepas melawat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) semalam.

 

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Azmi Hussain.

 

Tambah Ab. Rauf, Melaka akan memberi keutamaan kepada industri automotif yang disifatkan sebagai salah satu industri terbesar dalam negeri ini.

 

Jelasnya, ia telah dibuktikan menerusi penglibatan syarikat Honda yang berjaya meletakkan Melaka sebagai antara negeri yang terlibat dengan bidang pemasangan automotif.

 

EV production line
gambar hiasan

 

Sementara itu, Ab. Rauf berkata, kerajaan negeri mahu menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini untuk meneroka bidang aeroangkasa dan industri minyak dan gas (O&G).

 

Sehubungan dengan itu, katanya, PKNM bersama Invest Melaka sedang mengkaji lebih terperinci mengenai industri berkenaan bagi meningkatkan ekonomi negeri.

 

“PKNM dan Invest Melaka sedang mengkaji satu industri baharu iaitu aerospace untuk mencari para pelabur untuk melabur di Melaka.

 

“Ia susulan kejayaan CTRM (Syarikat Composite Technology Research Malaysia Sdn. Bhd.) yang menjadi pembekal komponen Syarikat Penerbangan Boeing di Batu Berendam.

 

“PKNM Energy pula akan mempelopori minyak dan gas di sepanjang tiga batu nautika dari Umbai ke Kuala Linggi. Industri O&G merupakan sokongan kepada industri marin yang sedang berkembang,” ujarnya.

 

 

 

 

-UTUSAN ONLINE

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Seiring dengan peningkatan permintaan pasaran EV, Elitesoft yang sebelum ini memasarkan barangan…
Uncategorized
  Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Pelaburan negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata,…