Melaka bakal bina sistem keretapi Maglev sepanjang 22km

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan, sumber: Bernama
Negeri Melaka bakal mempunyai sistem pengangkutan canggih yang akan menghubungkan lokasi pelancongan di sekitar negeri tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Melaka Hari ini, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, terdapat cadangan untuk membangunkan sistem keretapi maglev sepanjang 22 km dengan nilai pelaburan $200 juta (RM900 juta).

Beliau berkata demikian dalam satu majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Cadangan 22KM Sistem Maglev untuk Menghubungkan Lokasi Hotspot Pelancongan dan Membangunkan Taman Tema Disneyland serta Disneycity di Negeri Melaka, baru-baru ini.

MoU berkenaan melibatkan beberapa syarikat termasuk Taming Sari Berhad, Institusi Perbankan (Exim Credit Dubai Zurich Capital Bank & Sparco Bank UK) dan Korea Camping Caravanning Federation A Divisional Corporation (KCCF).

Sumber: Melaka Hari Ini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal…