Mekanik perlu sumbangan, anak derita kanser limfoma

oleh Hamimah Hamid|
LULUH hati sepasang suami isteri apabila anak sulung yang dilahirkan sihat tiba-tiba perlu menjalani pelbagai rawatan selepas disahkan menghidap kanser limfoma atau kanser darah tahap tiga.

Zhahrin Ain Mohd. Madzlan, 35 tahun berkata, anak sulung mereka Muhamad Wirdas Hafiy, 9, terpaksa melalui episod rawatan setelah disahkan menghidap kanser limfoma tahap tiga pada Mei lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ujar Zhahrin Ain, Muhamad Wirdas yang pernah dimasukkan ke wad Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU) hampir sebulan kini perlu menjalani sesi kemoterapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh empat kali seminggu selain bergantung kepada bekalan ubat-ubatan.

Katanya, kos rawatan yang mahal dan sesi rawatan yang kerap menyebabkan pendapatannya sebagai mekanik dengan membaiki motosikal di rumah di Batu Gajah, agak terjejas.

mekanik dirumah sebagai pendapatan utama

“Saya repair motor di rumah je sebab tak berani nak tinggal isteri dan anak yang sakit macam ni. Pendapatan memang tidak menentu lah.

“Bila saya dah uruskan Wirdas nak ulang alik rawatan kemoterapi, nak dapatkan RM400 ke RM500  tu pun susah lah. Tapi kalau ikutkan sebelum-sebelum ni boleh dapat dalam RM1,300 ke RM1,400, tapi bila dah jadi macam ni memang merosot lah,” katanya.

Ujar Zhahrin Ain,  kesihatan Muhamad Wirdas merosot sejak dua minggu sebelum ramadan apabila dia mengalami Bell’s Palsy selain kesukaran untuk bernafas.

Lebih mengecewakan anak kecil itu apabila dia dinasihatkan  doktor untuk tidak ke sekolah ekoran keadaan kesihatannya.

Ujar  Zhahrin Ain, walaupun sedih dia pasrah dan menerima takdir dengan positif, lebih-lebih lagi selepas melihat semangat tinggi melawan penyakit ditunjukkan Muhamad Wirdas.

Penyakit yang dideritanya bagaimanapun tidak mematahkan semangat juang seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ini untuk  melawan penyakit demi meneruskan hidup.

Muhamad Wirdas gigih  menjalankan jualan secara kecil-kecilan di rumah demi mengisi masa lapang selepas tidak lagi dapat meneruskan sesi persekolahan.

berniaga kecil kecilan utk menampung kos perubatan dan pengangkutan

katanya, bagi menghilangkan rasa bosan dia meminta untuk berniaga runcit dengan menjual keropok dan gula-gula di hadapan rumah bagi membolehkan dia mendapatkan duit poket.

“Wirdas meniaga ni sebab nak bantu ibu dan ayah. Nanti ibu ayah takde duit Wirdas boleh bagi kan kat ibu ayah.
“Sebab tulah wirdas meniaga nak bantu ibu dan ayah,” Katanya. 

Orang ramai yang mahu meng hulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun Nurul Amalina 1581 1845 5405 (Maybank) atau hubungi Zhahrin Ain di talian 019-524 7646 atau 011-334 88714.

adik wirdas memerlukan sumbangan