Mekanik jalankan ujikaji teknologi Freevalve pada enjin Miata!

oleh Mohamad Hanif|
Bayangkan dengan teknologi Freevalve Koenigsegg tanpa aci sesondol, model Gemera yang dilengkapi dengan enjin 2.0 liter tiga silinder sebaris dengan bantuan dua turbo itu mampu menghamburkan kuasa setinggi 600 kuasa kuda dan 600 Nm, menjadikannya antara enjin tiga silinder paling berkuasa di dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana teknologi Freevalve ini mempunyai keupayaan untuk mengawal sendiri pemasaan injap dengan menggunakan pneumatic actuator, dan disebabkan itu enjin tersebut tidak memerlukan mekanisma yang menggerakkan aci sesondol seperti pulley, rantai pemasa dan sebagainya.

Selain daripada peningkatan kuasa dan daya kilas yang signifikan seperti yang pernah diterangkan oleh Christian von Koenigsegg itu sendiri, enjin dengan teknologi Freevalve ini mempunyai kelebihan seperti penjimatan bahan api, pengurangan emisi, dan lebih penting ia lebih ringan disebabkan kurang komponen berbanding enjin konvensional.

 


Untuk menikmati teknologi Freevalve ini, anda perlu memiliki poket yang cukup tebal dan dalam, dan disebabkan itu, seorang mekanik sedang bereksperimentasi untuk memuatkan teknologi Freevalve ini pada enjin yang boleh digunakan ramai - Mazda Miata generasi pertama NA.

Menerusi saluran Youtube, mekanik yang bernama Wesley Kagan ini pernah memasang teknologi yang serupa pada enjin Harbor Freight yang berkuasa 6.5 hp itu, dan kini mengujinya pada kenderaan berskala sebenar Mazda Miata yang dikutip daripada tempat pelupusan.

Kagan menggunakan kepakaran untuk mereka sendiri rekaan freevalve di mana ia mampu dimuatkan secara bolt-on tanpa memerlukan sebarang modifikasi, dan ini secara teorinya membenarkan beliau untuk kembali bertukar kepada spesifikasi asal dengan mudah.

 


Namun sebelum beliau membina sendiri komponen dengan menggunakan bahan yang lebih mahal, Kagan mencetak sendiri komponen prototaip menggunakan mesin cetak 3D.

Namun tidak seperti teknologi Freevalve dari Koenigsegg, freevalve versi Kagan ini menggunakan sistem double-action dengan mengekalkan spring injap konvensional dan sistem pneumatic bekerja bersama-sama.

Ini kerana Kagan beranggapan spring tersebut adalah penyelamat sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang.

Sebagai rujukan, enjin 1.8 liter yang pernah mendiami perut Mazda Miata NA berupaya menghasilkan 133 hp dan 155 Nm daya kilas, namun adakah teknologi freevalve ini mampu menghasilkan lonjakan kuasa yang diinginkan?

 

Berita Berkenaan

Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…
Berita Domestik
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata,…
Berita Domestik
Bertemakan “Meraikan Mekanik Malaysia”, kempen tahun ini diadakan bagi menghargai dan meningkatkan…