Mekanik India cipta motosikal 'penjarakan sosial' mesra PKP Fasa 4

oleh Mohamad Hanif|
Seorang mekanik India telah mencipta sebuah motosikal yang memiliki jarak hampir 1 meter antara penunggang dan pembonceng bagi mengamalkan penjarakan sosial ketika COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Partha Saha, 39 tahun membeli sebuah motosikal lama daripada peniaga barang lusuh, mengasingkan enjin daripada casis sebelum memotong motosikal tersebut kepada dua bahagian.

Kemudian, beliau menggunakan sebarang rod sepanjang satu meter untuk menyambung kedua-dua bahagian tersebut, sebelum menggunakan trenkuasa elektrik yang mampu membolehkan perjalanan sejauh 80 km.

Menurut Partha, motosikal ini mengambil masa selama tiga jam untuk mencapai kapasiti penuh, kelajuan tertinggi 40 km/j dan kos pengecasan hanyalah sekitar 10 rupee (RM0.58) sahaja.

"Dan kini, saya boleh menunggang motosikal bersama-sama anak saya dan dalam masa yang sama mengamalkan jarak yang selamat," ujar beliau memberitahu AFP.

Sama seperti negara lain, India juga turut melaksanakan perintah kawalan pergerakan dan menggesa rakyat untuk mengamalkan penjarakan sosial bagi membendung penularan virus.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…
Berita Domestik
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata,…
Berita Domestik
Bertemakan “Meraikan Mekanik Malaysia”, kempen tahun ini diadakan bagi menghargai dan meningkatkan…