MegaRaptor : Karaannnn......

oleh |
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin telah ada yang mengetahui kewujudan Raptor yang diasaskan kepada pikap Ford F150.

Kini dipersembahkan pula MegaRaptor, hasil kerja kerja syarikat F250R, yang berpangkalan di Tucson, Arizona. MegaRaptor ini diasaskan kepada Ford F250 atau 350 Superduty - trak yang lebih besar, dengan kapasiti menunda yang lebih baik. Pasukan F250R menanggalkan bahagian-bahagian komponen asal, sebelum melakukan pemasangan roda besar dan tayar, gantungan khas (Icon dengan penambahan ketinggian sebanyak empat inci dilengkapi penyerap kejutan Bilstein) dan kerja badan  tambahan dari gentian kaca (dan lampu baru) yang direka untuk meniru "penampilan sports seksi" Raptor terkini.

Menurut F250R, tayar lebih tinggi membantu "mengangkat dan melegakan transmisi daripada tersangkut ke lumpur, salji dan batuan", namun mengekalkan pusat graviti rendah untuk kestabilan. Varian 'SuperRaptor' yang lebih murah pula dipakaikan tayar Michelin 40 inci, manakala MegaRaptor (seperti gambar di atas) mendapat tayar gergasi 46 inci (dan roda lebih lebar yang diperlukan untuk menampung saiz tayar sebegitu). MegaRaptor juga mendapat rim seperti yang digunakan pada kenderaan tentera MRAP, yang nyata kelihatan sangat menarik atau keren.

Bak kata orang utara, "karan oooo"............

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Nampak serupa, dan memang ia sama. Namun begitu, kerana jenama asalnya dipegang oleh syarikat lain…