Mega-GT Koenigsegg Gemera mendarat di Thailand - harga dari RM14.7 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Jentera Koenigsegg yang paling praktikal dan mesra keluarga, Gemera nampaknya telah pun selamat mendarat di negara jiran Thailand setelah pelancaran rasmi dibuat di peringkat global pada Mac tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Headlightmag, jentera tersebut akan dijual pada  harga 111,098,385 baht, atau RM14.7 juta mengikut kadar pertukaran matawang semasa.

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Koenigsegg Gemera hadir dengan trenkuasa plug-in hybrid, terdiri daripada enjin Tiny Friendly Giant (TFG) tiga silinder sebaris 2.0 liter dengan teknologi Freevalve.

 


Enjin berteknologi dengan posisi midship ini mampu menghasilkan 600 PS dan 600 Nm yang memacu roda hadapan menerusi transmisi Koenigsegg Direct Drive (KDD), dibantu dengan sebuah motor elektrik berkuasa 400 PS dan 500 Nm.

Gandar belakang pula menampilkan dua motor elektrik, di mana setiap satu mampu menjana 500 PS dan 1,000 Nm, menjadikan angka output keseluruhan mencapai 1,700 PS dan 3,500 Nm.

Bayangkan kereta famili dengan angka kuasa kuda dan daya kilas sebesar itu...

 


Dari segi prestasi, Gemera mampu memecut sepantas 1.9 saat dari 0-100 km/j, 4.9 saat (0-200 km/j) dengan kelajuan tertinggi menjangkaui angka 400 km/j.

Dengan trenkuasa elektrik semata-mata, Gemera mampu beroperasi tanpa emisi sehingga 50 km, dan dengan bantuan enjin Freevalve itu tadi ia mampu mencecah jarak sejauh 1,000 km!

 


Gemera Mega GT ini juga difahamkan sesuai untuk kegunaan seharian dengan kehadiran ciri seperti empat unit pemegang cawan, sistem infotainmen dengan paparan hadapan dan belakang, pengecas peranti pintar nirwayar depan dan belakang, sistem internet dan Wifi terbina, 11 unit pembesar suara, empat unit lampu membaca, tempat duduk dengan fungsi memori, serta sistem pendingin hawa tiga zon.

Koenigsegg turut mendatangkan ciri pintu yang unik dinamakan sebagai Koenigsegg Automated Twisted Synchrohelix Actuation Doors (KATSAD) yang mampu dibuka luas untuk memudahkan urusan keluar masuk kabin.

 


Daripada 300 unit yang dihasilkan untuk pasaran global, tidak dapat dipastikan berapa unit yang dibawa masuk oleh General Auto Supply Company Limited - pengimport dan pengedar rasmi jenama Koenigsegg di Thailand.

Sumber: Headlightmag

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara asasnya, biarpun dengan kuasa yang mampu mencecah sehingga 2,300 hp dan 2,750 Nm, Koenigsegg…
Berita Global
Sebenarnya, ia bukanlah sekadar penambahan varian baharu, akan tetapi Koenigsegg telah pun…
Berita Global
Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin…