MDKS tawar diskaun 50 peratus bayaran kompaun parkir

oleh SALINA JALIL|
Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menawarkan diskaun bayaran kompaun parkir sebanyak 50 peratus bermula bulan ini hingga 29 Februari.


Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, tawaran itu diberikan kepada pemilik kenderaan mempunyai kompaun tertunggak.

“Setiap kompaun yang melebihi tempoh 24 jam dari tarikh kenderaan dikenakan kompaun layak mendapat tawaran tersebut.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Bagaimanapun tawaran diskaun ini tidak termasuk kompaun berharga RM10 iaitu bayaran yang dibuat serta-merta dalam tempoh 24 jam," kata beliau.

 

Menurutnya lagi, orang ramai digesa untuk merebut peluang itu sebelum proses pendakwaan diambil akibat kegagalan membayar kompaun tersebut.

 

"Pendakwaan akan dilakukan kepada mereka yang sengaja tidak membayar atau gagal membayar kompaun letak kereta yang tertunggak selepas tawaran diskaun ini berakhir.

 

"Orang ramai boleh menghubungi Unit Perundangan MDKS di talian 09-3289 7385 sambungan 30, 31 atau 32 untuk maklumat lanjut," katanya