McLaren Speedtail hadir dengan kit perkakasan titanium - dicetak secara 3D!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini supercar McLaren F1 didatangkan khas dengan kit perkakas yang diperbuat daripada bahan ultra-ringan titanium dibuat oleh syarikat Perancis, Facom. 

Model terbaharu McLaren Speedtail dikatakan mempunyai prestasi yang lebih pantas berbanding McLaren F1, dan 
ia bakal dilengkapi dengan kit perkakas yang serupa, akan tetapi lebih ringan. 

Dengan kepakaran daripada syarikat Snap-on, mereka telah menghasilkan sebuah kit perkakas terdiri daripada 11 peralatan yang dicetak secara tiga dimensi. 

Bahannya?

Titanium, dan menurut Snap-on, ia 45 peratus lebih ringan berbanding kit perkakas titanium standard. 
 


Jika anda berminat untuk memiliki kit perkakasan ini, harganya adalah percuma sekiranya anda membeli sebuah McLaren Speedtail yang berharga kira-kira  £1.75 juta (RM9.4 juta) sahaja. 

Sebelum terlupa, sukacita untuk kami maklumkan bahawa McLaren Speedtail hanya dibina sebanyak 106 unit sahaja.