McLaren Speedtail - 1,036hp, 0-300kmsj dalam 12 saat, halaju maksimum 403 kmsj!

oleh HEZERI SAMSURI|
Malam tadi McLaren, syarikat automotif dan juga agensi kejuruteraan British itu telah menyingkap tirai kereta Hyper-GT pertama mereka, Speedtail.

Dengan rekabentuk yang mengingatkan anda kepada jentera-jentera yang memecah rekod kelajuan dunia, nyata Speedline jauh lari dari bentuk-bentuk Hyper-GT yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia kemas, tidak bercelaru dengan kepak dan lubang dan garis-garis palsu. Ia mahu kelihatan telus dan tidak menyorokan apa-apa.

Mungkin peminat Lamborghini dan Pagani akan mengatakan bentuk Speedtail ini membosankan tetapi ada individu yang suka sesuatu yang lebih ringkas kerana jika anda sudah terbaik, anda tidak perlu kasut berwarna oren menahang atau skirt ropol merah jambu untuk menarik perhatian.

 

 

Dibina di atas struktur carbon fibre McLaren Monocage dan juga panel-panel badan yang juga menggunakan carbon fibre, Speedtail ini memang direka khas untuk memastikan ia laju.

Sistem gantungan menggunakan komponen aluminium dan brek pula ialah dari jenis carbon-ceramic, semuanya membantu agar McLaren ini mencapai berat 1,430 kg (kering).

 

 

Pecutan 0-300 kmsj dilakukan dalam 12 saat. 

Sebagai perbandingan, Proton Satria Neo 1.6L Automatik memerlukan 13.7 saat untuk pecutan 0-100 kmsj.

Mungkin tidak adil kerana Neo direka lebih untuk pengendalian dan kelihatan ganas.

Tetapi jika kita bandingkan dengan McLaren P1, Speedtail tetap jauh lebih pantas. McLaren P1 memerlukan 16.5 saat untuk memecut dari kosong ke 300 kmsj. 

 

 

Untuk mencapai kelajuan maksimum 403 kmsj itu, Speedtail perlu menggunakan mod pemanduan Velocity di mana enjin dan transmisi ditala untuk kelajuan maksimum. 

Di Malaysia, kami tidak tahu di jalanraya mana yang memungkinkan anda mencapai kelajuan tersebut.

Sistem gantungan juga direndahkan sebanyak 35 mm dan segala sudut-sudut spoiler, kepak dan aileron turut diubah untuk stabiliti pada kelajuan sangat tinggi.

Malah cermin sisi juga digantikan dengan kamera yang lebih kecil dan aerodinamik.

 

Pirelli pula membantu syarikat British ini untuk menghasilkan tayar P-Zero khas untuk Speedtail.

Spesifikasi enjin tidak diterangkan lagi oleh McLaren, cuma kita tahu ia adalah sebuah jentera hybrid dan menghasilkan 1,036hp. 

Tida begitu tinggi bila Koenigsegga Agera RS menghasilkan 1,341hp sementara Bugatti Chiron memuntahkan 1,479hp. Tak apa, yang penting ia lebih laju dari mereka semua.

 

 

Kabin pula mengikut tradisi McLaren F1, mempunyai tiga tempat duduk dan pemandu duduk di tengah-tengah.

Cuma 106 unit akan dibina dan ia berharga £1.75 juta dengan cukai di UK (RM9.4 juta sahaja).

Jika anda berminat untuk menempah, sila hubungi kami kerana kami nak kirim beli penepek besi (fridge magnet).

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…