McLaren Senna LM milik bekas pelumba F1 terbabas

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah McLaren Senna LM milik bekas pemandu Formula One, Adrian Sutil dilaporakn terbabas baru-baru ini di French Riviera.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berdasarkan laporan daripada media, hypercar yang rare itu baharu sahaja diambil oleh Sutil dari McLaren Monaco pada bulan Januari yang lalu. 
 


Daripada gambar yang tular di media sosial, dikatakan McLaren Senna LM tersebut terbabas melanggar tiang di tepi jalan mengakibatkan struktur hadapan kereta tersebut remuk dan beberapa komponen gentian karbon seperti bumper, hud enjin dan panel hadapan bertaburan di atas tanah. 

Pun begitu, tidak dapat dipastikan punca sebenar kemalangan tersebut, walaupun jika dilihat seimbas lalu kerosakan yang dialami mencadangkan McLaren Senna LM tersebut dipandu laju sebelum insiden tersebut berlaku. 

Malah, keadaan pemandu atau Sutil itu sendiri belum dapat dipastikan lagi. 
 


McLaren Senna LM merupakan hypercar edisi terhad yang dihasilkan dalam 20 unit sahaja, dan dibangunkan berdasarkan casis jentera lumba Senna GTR. 

Kesemua unit didatangkan dengan enjin V8 4.0 liter dengan turbo berkembar menghasilkan sekurang-kurangnya 814 kuasa kuda, dan layangan warna rasmi Papaya Orange. 

Sumber: The Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…