McLaren Sabre - 824 kuasa kuda, 15 unit sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Khusus untuk mereka yang tidak tahu ke manakah wang yang harus dibelanjakan, anda mungkin perlu ke pusat pengedar McLaren Beverly Hills untuk mendapatkan sebuah model supercar terbaharu yang digelar sebagai Sabre.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disifatkan sebagai supercar V8 non-hybrid yang paling berkuasa pernah dihasilkan, McLaren Sabre memiliki angka output sekitar 824 kuasa kuda dan 800 Nm yang diperah daripada enjin berkapasiti 4.0 liter turbo berkembar.

Ia membolehkan Sabre memecut sehingga mencapai kelajuan tertinggi 351 km/j, menjadikannya McLaren dua tempat duduk yang paling pantas.

 


Dari segi luaran, imej Sabre nampak lebih agresif dimulakan dengan muka hadapan yang lebih garang, pemasangan splitter yang menyerlah, hud berliang, lampu utama yang lebih tajam serta pemasangan over fender yang sedikit unik.

Penampilan agresif tersebut diteruskan dengan skirt sisi aerodinamik, diikuti dengan spoiler belakang yang cukup besar yang bersambung dengan sirip tengah.

 


Aspek aerodinamik pada bahagian belakang dibantu oleh diffuser yang agak besar, yang menempatkan sistem ekzos posisi tengah.

Ruang kabin pula menampilkan upholsteri dua tona Alcantara, trim gentian karbon, serta sistem infotainmen terapung yang diletakkan dalam posisi menegak.

 


Menurut McLaren, model Sabre ini merupakan hasil kerja daripada McLaren Special Operations di mana spesifikasi dan personalisasi jentera ini ditentukan sendiri oleh pemilik.

Malah, pemilik yang berminat juga boleh berkunjung ke UK untuk melawat sendiri studio rekaan McLaren dan diberikan peluang untuk memandu uji sendiri prototaip Sabre tersebut di The Thermal Club, California.

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…