McLaren Racing sertai perlumbaan off-road elektrik Extreme E

oleh Mohamad Hanif|
McLaren mempunyai sejarah penglibatan di dalam sukan permotoran yang cukup panjang, bermula dari 1960-an lagi dan selain daripada Formula One, jenama itu turut menyertai beberapa siri perlumbaan seperti Can Am, Indycars, dan juga perlumbaan GT.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, syarikat pengeluar supercar yang berpusat di Woking itu mengumumkan penyertaan di dalam siri perlumbaan off-road elektrik sepenuhnya yang dinamakan sebagai Extreme E.

McLaren Racing bakal menjadi pasukan keempat yang mempunyai kaitan dengan F1 untuk menyertai Extreme E selepas pasukan Rosberg X Racing (Nico Rosberg), X44 (Lewis Hamilton) dan JBXE (Jenson Button).

Menurut CEO McLaren Racing Zak Brown, "Formula 1 akan kekal menjadi fokus utama kami, namun kemasukan kami ke dalam Extreme E merupakan penambahan kepada francais perlumbaan McLaren Racing yang bakal membantu dan melengkapkan lagi kesemua program kami.

"Kami akan bersaing dengan nama-nama besar dari F1 dan Indycar, namun objektif kami tetap sama, kami mahukan kemenangan!"

 


Sementara itu, Lewis Hamilton diberitakan tidak akan duduk di belakang stereng bagi pasukan X44, sebaliknya beliau akan membantu menerusi pengalaman penglibatannya di dalam sukan permotoran untuk pasukan Extreme E itu.

Jentera yang bakal digunakan adalah Odyssey21 yang dibangunkan oleh Spark Racing Technology yang menggunakan rangka tubular aloi keluli, dan trenkuasa yang terdiri daripada motor elektrik berkuasa 542 hp, dan pek bateri dari Williams Advanced Engineering.

Atas kecerunan sehingga 130 peratus, jentera Odyssey21 ini mampu memecut 0-100 km/j dalam tempoh 4.5 saat sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…
Sukan Bermotor
Sebagai rakan kerjasama bagi pembekal cat dan lapisan rasmi, AkzoNobel bukan sahaja membekalkan…