McLaren Group nafi dakwaan telah dibeli oleh Audi

oleh Mohamad Hanif|
McLaren Group telah memuatnaik kenyataan menafikan laporan oleh Autocar yang mendakwa kumpulan itu telah pun diperoleh sepenuhnya oleh Audi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam kenyataan tersebut, McLaren mengetahui laporan yang mendakwa penguasaan Audi terhadap kumpulan tersebut dan ia adalah tidak tepat sepenuhnya.

"Strategi teknologi McLaren adalah sentiasa melibatkan perbincangan dan kolaborasi dengan rakan dan pembekal yang relevan termasuk pengeluar automotif yang lain.

"Akan tetapi, tiada sebarang perubahan terhadap struktur pemilikan di dalam McLaren Group.

Dalam satu laporan terdahulu oleh Autocar, sumber yang enggan dikenali itu mendakwa pengeluar Jerman itu telah pun menguasai keseluruhan McLaren Group bagi membolehkan mereka menyertai sukan Formula 1.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Fasiliti yang turut menempatkan McLaren Technology Centre, McLaren Production Centre, dan McLaren…