McLaren Group jual HQ sendiri bernilai RM968 juta

oleh Mohamad Hanif|
McLaren Group mengesahkan pengeluar automotif itu telah pun menjual ibu pejabat yang terletak di Woking, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Fasiliti yang turut menempatkan McLaren Technology Centre, McLaren Production Centre, dan McLaren Thought Leadership Centre itu dijual pada harga £170 juta (RM969 juta) kepada syarikat Amerika Syarikat Global Net Lease.

Namun, McLaren tidak terus keluar daripada bangunan ikonik itu, sebaliknya menandatangani perjanjian pajakan selama 20 tahun dan terus menggunakannya sebagai ibu pejabat pada masa akan datang.

Disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia tahun lalu, McLaren terpaksa menjual ibu pejabat sendiri bagi mengimbangi semula kewangan syarikat tersebut.

Tahun lalu, McLaren telah berjaya meningkatkan ekuiti sebanyak £291 juta pada bulan Mac, serta memperoleh pinjaman berjumlah £150 juta daripada National Bank of Bahrain pada Jun 2020.

Sebelum ini, McLaren dilihat mempertimbangkan langkah untuk melepaskan koleksi kereta warisan mereka, namun tiada sebarang berita terbaharu berhubung isu tersebut.

Perjanjian pengambilalihan hak milik itu dijangka dimuktamadkan pada akhir Mei ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan tersebut, McLaren mengetahui laporan yang mendakwa penguasaan Audi terhadap…