McLaren Elva kini dengan cermin hadapan, angka produksi keseluruhan dihadkan kepada 149 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
McLaren Elva merupakan supercar tanpa bumbung dan cermin hadapan edisi terhad yang dilancarkan kira-kira dua tahun yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun bagi mereka yang merasakan pelik dengan konfigurasi tersebut kini boleh menempah McLaren Elva dengan penambahan cermin windscreen hadapan.

Ia bukan sekadar cermin biasa, McLaren turut menambah beberapa ciri unik seperti sistem pemanas terbina dengan rangka daripada gentian karbon, pengelap cermin dengan penderia hujan, serta penghadang cahaya matahari.

 


Secara keseluruhan, pemasangan struktur cermin hadapan ini hanya menambah 20 kg sahaja kepada berat keseluruhan Elva yang asal, iaitu 1,300 kg.

Namun disebabkan terdapatnya pelindung kepada pemandu dan penumpnag,  ciri aerodinamik Active Air Management System (AAMS) telah pun dibuang daripada McLaren Elva baharu ini.

 


Dari segi kuasa, McLaren Elva masih lagi mengekalkan penggunaan nadi bentangan V8 4.0 liter yang menghasilkan 804 kuasa kuda dan 800 Nm, di mana ia mampu memecut sepantas 2.8 saat dari 0-100 km/j dan 6.8 saat dari 0-200 km/j.

Tidak seperti yang diumumkan sebelum ini, McLaren Elva kini dihadkan produksinya kepada 149 unit sahaja, berbanding 399 unit yang dirancang pada ketika itu.

 


Sebagai rujukan, harga jualan untuk McLaren Elva versi tanpa cermin bermula dari $1,690,000 (RM6.99 juta mengikut kadar pertukaran mata wang semasa).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaannya banyak diinspirasikan daripada jentera McLaren Elva M1A yang wujud pada era 1960-an,…
Berita Global
Dengan pengenalan McLaren Elva, supercar tanpa bumbung dan cermin hadapan ini merupakan penawaran…