McLaren 765LT - model ekor panjang yang lebih berkuasa!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi model supercar yang dilancarkan tanpa menerusi acara Geneva Motor Show tahun ini adalah McLaren 765LT, ahli keluarga baharu di dalam siri Longtail McLaren.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

McLaren 765LT dibangunkan menggunakan asas daripada McLaren 720S, namun dengan pengurangan berat badan serta peningkatan tahap prestasi. 
 


Dari segi kuasa, ia datang daripada enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar yang dilengkapkan dengan omboh aluminium forged, tambahan pam bahan api, serta sistem pengurusan enjin yang telah dikalibrasi semula. 

Menurut McLaren, modifikasi ini mampu memberikan hamburan kuasa 755 hp dan 799 Nm - tambahan sebanyak 45 hp dan 30 Nm berbanding angka output McLaren 720S. 

Trenkuasa tersebut digandingkan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan dan mampu membenarkan penukaran gear ketika fasa pecutan 15 peratus lebih pantas berbanding 720S. 
 


Ia turut menyumbang kepada masa pusingan terpantas berbanding mana-mana model Super Series McLaren!

Pecutan 0-100 km/j boleh dicapai sepantas 2.7 saat dan 0-200 km/j hanya mengambil masa 7.2 saat, lebih pantas berbanding prestasi 0-100km/j kereta acah supercar milik anda. 
 


Diet penurunan berat badan pula dijalankan dengan mengurangkan kadar ketebalan tingkap kaca termasuklah windscreen hadapan, manakala cermin belakang pula menggunakan polikarbonat ringan. 

Ini menyumbang kepada pengurangan berat 79 kg berbanding 720S dengan berat bersih sekitar 1,229 kilogram sahaja. 

Sistem ekzos pula menggunakan bahan titanium dengan empat tip yang dikatakan lebih ringan 40 peratus berbanding tetapan yang sama menggunakan bahan keluli. 
 


Sistem suspensi telah ditala semula dengan penggunaan spring dan penyerap hentak serba baharu yang menurunkan tinggi bahagian hadapan serta trek hadapan yang turut dilebarkan. 

Sistem Proactive Chassis Control II pual digunakan untuk memberikan lebih pengendalian dan kawalan yang jitu, manakala sistem stereng pula menerima talaan nisbah yang lebih cepat serta bar torsion yang lebih keras. 

Dari segi luaran, McLaren 765LT didatangkan dengan penggunaan bahan gentian karbon yang meluas seperti splitter hadapan, bumper termasuklah skirt sisi. 
 


Model ini juga turut menampilkan bilah pintu yang serba unik, diffuser yang lebih besar serta sayap belakang Longtail aktif yang berupaya menyalurkan udara panas daripada ruang enjin ke luar, serta tampil dengan fungsi brek udara bagi mengoptimasikan daya turun atau mengurangkan daya seretan. 

Keempat-empat sudut arca roda menerima set rim aloi ultra-ringan 10-spoke yang dibaluti dengan tayar Pirelli P Zero Trofeo R dengan sistem brek seramik dan angkup brek yang diperoleh daripada McLaren Senna. 

Terdapat juga opsyen untuk pakej brek kegunaan litar yang merangkumi pad brek terbaik serta cakera seramik karbon yang lebih kuat 60 peratus berbanding cakera konvensional dan tahap konduktiviti haba empat kali lebih baik - juga unit daripada McLaren Senna. 
 


Ruang kabin pula dihiasi dengan komponen bertemakan prestasi tinggi seperti rangka tempat duduk gentian karbon, sistem pendingin hawa dan audio yang telah dibuang dan jaring bagi menggantikan poket storan di bahagian pintu. 

Produksi McLaren 765LT hanya akan dihadkan kepada 765 unit sahaja dan proses penghantaran akan bermula pada September ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…