McLaren 765LT - 765 PS/800 Nm, 10 unit sahaja, bermula dari RM1.49 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di McLaren Kuala Lumpur, sebuah supercar baharu di bawah keluarga Longtail telah pun dilancarkan untuk pasaran Malaysia, iaitu McLaren 765LT.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan daripada model asas McLaren 720S, McLaren 765LT telah diberikan penambahbaikan dari segi prestasi, serta menjalani diet pengurangan berat badan, menjadikannya lebih ringan berbanding model asal.

Enjin asal 4.0 liter bentangan V8 dengan turbo berkembar twin-scroll itu kini berupaya menghasilkan 765 PS dan daya kilas 800 Nm, serta digandingkan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

 


Atas kertas, pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam tempoh 2.8 saat, manakala 0-200 km/j pula hanyalah sekitar 7.2 saat sahaja.

Antara modifikasi yang dilakukan pada 765LT ini termasuklah omboh aluminium tempa, pam bahan api aliran tinggi, sistem pengurusan enjin yang dikalibrasi semula, dan mengemaskini nisbah kelajuan transmisi.

Tema pengurangan berat badan juga menjadi intipati pembangunan McLaren 765LT, di mana beberapa komponen seperti windscreen hadapan yang lebih nipis, cermin belakang daripada bahan polikarbonat, sistem ekzos titanium, serta pembuangan ciri pendingin hawa dan unit audio.

 


Semua ini menyebabkan McLaren 765LT hanyalah seberat 1,229 kg sahaja, 79 kg lebih ringan berbanding McLaren 720S.

Sistem suspensi telah ditala semula dengan penggunaan spring dan penyerap hentak serba baharu yang menurunkan tinggi bahagian hadapan serta trek hadapan yang turut dilebarkan.

Sistem Proactive Chassis Control II pula digunakan untuk memberikan lebih pengendalian dan kawalan yang jitu, manakala sistem stereng pula menerima talaan nisbah yang lebih cepat serta bar torsion yang lebih keras.

 


Dari segi luaran, McLaren 765LT didatangkan dengan penggunaan bahan gentian karbon yang meluas seperti splitter hadapan, bumper termasuklah skirt sisi.

Model ini juga turut menampilkan bilah pintu yang serba unik, diffuser yang lebih besar serta sayap belakang Longtail aktif yang berupaya menyalurkan udara panas daripada ruang enjin ke luar, serta tampil dengan fungsi brek udara bagi mengoptimasikan daya turun atau mengurangkan daya seretan.

Keempat-empat sudut arca roda menerima set rim aloi ultra-ringan 10-spoke yang dibaluti dengan tayar Pirelli P Zero Trofeo R dengan sistem brek seramik dan angkup brek yang diperoleh daripada McLaren Senna.

 


Ruang kabin pula dihiasi dengan komponen bertemakan prestasi tinggi seperti rangka tempat duduk bucket gentian karbon, paparan meter digital yang sangat ringkas serta ketiadaan sistem hiburan dan kawalan iklim bertujuan untuk mengurangkan lagi berat badan 765LT ini.

Daripada 765 unit sahaja dihasilkan untuk pasaran dunia, hanya 10 unit sahaja yang dibawa masuk oleh McLaren Kuala Lumpur, dengan harga jualan bermula dari RM1,488,000 tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Kesemua 10 unit akan dihantar kepada pelanggan menjelang suku pertama tahun 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…