McLaren 720S paling mampu milik - bermula dari RM1,656 di UK

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai sebuah jenama yang tersohor, ramai peminat McLaren yang sebenarnya kurang berkemampuan untuk memiliki sebuah jentera McLaren untuk dijadikan sebagai kenderaan persendirian.

Mengambil kira McLaren GT yang lebih dikhususkan sebagai sebuah Grand Tourer (GT), ia kini boleh didapati pada harga yang cukup mempersonakan, iaitu £163,000 (RM879,996) di UK. 
 


Usah risau jika anda tidak mampu untuk mendapatkan sebuah McLaren, kerana McLaren sebenarnya mahukan anak anda untuk memiliki sebuah McLaren pada harga yang lebih berpatutan. 

Memperkenalkan McLaren 720S Ride-On. 

McLaren kini membuka tempahan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan 720S Ride-On ini dengan harga yang cukup menarik, £315 (RM1,656 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa). 
 


Siri Ride-On ini sebenarnya banyak mengekalkan ciri-ciri yang ada pada kereta sebenar, seperti pintu dihedral yang boleh berfungsi, skrin infotainmen yang dilengkapi dengan lagu kanak-kanak serta ciri pemanduan autonomi (yang dikawal oleh ibu bapa menerusi kawalan jauh).

Kereta ini tiada enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar, namun anak anda mampu menikmati bunyi enjin yang terhasil menerusi pembesar suara apabila pendikit minyak ditekan. 
 


Warna rasmi Papaya Spark hanya boleh didapati di pengedar sah McLaren sahaja manakala warna-warna lain seperti Azores Orange, Belize Blue, Lantana Purple, Onyx Black, Mauvine Blue, Silica White, dan Saros Grey boleh didapati di kedai mainan yang menjualnya. 

Walaupun McLaren mencadangkan 720S Ride-On ini untuk kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun, namun video promo McLaren menunjukkan ia mampu untuk menggerakkan seorang dewasa dengan mudah. 
 


Bak kata orang putih, 'Start 'em young!'

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…