McLaren 600LT Spider bertemakan araknid berbisa - dari RM1.2 juta!

oleh Mohamad Hanif|
McLaren 600LT Spider dengan rekaan grafik dan warna hijau yang unik ini datangnya dari divisyen McLaren Special Operations - cabang yang menghasilkan supercar dengan penawaran yang serba unik dan sudah tentu dengan harga jualan yang mampu untuk dilihat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dihasilkan dalam 12 unit terhad, setiap satu McLaren 600LT ini diberikan kemasan grafik unik Segestria Borealis yang diinspirasikan daripada araknid berbisa - Segestria Florentina.

Tema hijau Segestria Borealis ini diambil daripada 'taring' hijau labah-labah berbisa, dan dikemaskan dengan jaluran berkembar Napier Green yang bermula dari hidung kereta sehingga ke saluran ekzos bukaan atas di bahagian belakang.

 


Manakala warna hitam badan labah-labah itu pula ditampilkan dengan warna Borealis Black MSO Defined yang mampu membiaskan warna hijau, ungu atau merah arak bergantung kepada sudut pencahayaan.

Jentera McLaren 600LT ini turut didatangkan dengan penggunaan angkup brek MSO Bespoke berwarna Napier Green, motif sarang labah-labah Napier Green pada sayap belakang dan cermin sisi, serta kemasan pinstripe pada fender hadapan, skirt sisi dan diffuser belakang.

Ruang dalaman pula menampilkan kemasan jahitan hijau terang MSO Bespoke pada tempat duduk sports Alcantara, sulaman unik pada perehat kepala, jahitan pada roda stereng dan tanda jam 12 pada bahagian tersebut.

 


Selain daripada itu, MSO turut melengkapkan jentera ini dengan unit audio Bowers and Wilkins 12 pembesar suara, McLaren Track Telemetry, serta kamera undur serta penderia undur.  

Dari segi kuasa, ia membawakan unit enjin yang sama seperti jentera McLaren 600LT yang lain, iaitu nadi 3.8 liter bentangan V8 dengan induksi paksaan turbo berkembar yang menghasilkan 600 PS dan 627 Nm daya kilas, membenarkan pecutan 0-96 km/j hanya sekitar 2.8 saat sahaja.

Harga jualan pula bermula dari $275,500 (RM1,197,180) dan terhad kepada 12 unit sahaja untuk pasaran Amerika Syarikat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…