McLaren 570S kini ada dalam PUBG!

oleh HEZERI SAMSURI|
Permainan telefon pintar paling popular PUBG Mobile kini mendapat satu sentuhan dari ikon dunia permotoran apabila ia kini menampilkan supercar Mclaren 570S dalam kemaskini 1.4 untuk PUBG Mobile.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

McLaren Drift menawarkan pemain PUBG peluang untuk "memiliki" McLaren 570S dan juga membenarkan mereka untuk melakukan perubahan kustom seperti warna dan juga kabin dalam supercar itu.

Anda boleh memilih salah satu dari enam warna yang ditawarkan - Zenith Black, Lunar White, Raspberry, Glory White, Royal Black dan Pearlescent.

 

 

Acara McLaren Drift ini akan berlansgung sehingga 30 Jun dan pemain perlu membayar UC (Unknown Cash)  mereka untuk mendapatkan supercar tersebut.

Semakin laju mereka memandu McLaren itu, semakin banyak hadiah-hadiah yang ditawarkan, seperti baucar bertuah, "skin" untuk senjata, pakaian dan pingat-pingat bertuah.

Mungkin penulis terlalu tua untuk memahaminya tapi kepada yang berminat, anda boleh memiliki dan mengalami pengalaman memandu McLaren 507S di dalam alam maya milik anda itu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…