MBUX Hyperscreen - skrin digital 56 inci merentas papan pemuka!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lagi bergantung harap kepada dua unit skrin ala iPad, sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience kini memasuki era baharu dengan pengenalan MBUX Hyperscreen yang bakal dilengkapkan pada kenderaan elektrik EQS tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skrin paparan yang melengkung bersaiz 56 inci itu merangkumi jarak keseluruhan papan pemuka dari tiang A kiri ke tiang A kanan, serta menampilkan perisian yang mempunyai keupayaan pembelajaran kendiri bagi menawarkan perkhidmatan yang boleh disesuaikan dengan pengguna.

Secara kasarnya, terdapat beberapa paparan dan kawalan digital terintegrasi di dalam panel melengkung itu dan perkara analog yang ada pada skrin tersebut hanyalah corong pendingin hawa sahaja.

 


Bahagian sisi panel tersebut dikelilingi oleh rangka plastik yang diintegrasikan dengan sistem pencahayaan ambien yang mampu menjadikan keseluruhan skrin tersebut dilihat terapung pada panel instrumen.

Bukan sekadar pemandu, penumpang hadapan juga akan mendapat skrin paparan tersendiri namun jika tempat duduk hadapan dikesan tiada penumpang, ia hanya akan memaparkan grafik animasi bintang semata-mata.

 


Menyentuh soal kepintaran buatan, MBUX Hyperscreen mampu melontarkan beberapa cadangan kepada pengguna bagi 'mempelajari' habit atau tabiat seseorang sebelum menetapkan tetapan tersebut secara automatik pada masa akan datang.

Ia turut merangkumi perincian seperti panggilan telefon yang kerap dibuat, sehinggalah kepada tetapan ketinggian suspensi kenderaan pada lokasi tertentu yang kerap anda ziarahi yang akan menggunakan data GPS.

Dari segi perkakasan, skrin paparan MBUX Hyperscreen itu diperbuat daripada kaca Gorilla yang disaluti bahan anti-silau, selain menampilkan unit pemprosesan lapan teras, RAM 24 GB dan keupayaan RAM Memory bandwidth sepantas 46.4 GB per saat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pembelian saham bernilai 600 juta Euro akan selesai tahun hadapan, dan menurut Pengerusi AUO, Paul…
Berita Global
Tidak ketinggalan, mereka juga merupakan pemilik baharu syarikat robotik Boston Dynamics. Selain…
Berita Global
Agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) mendapati unit skrin paparan yang…