MBSA tawar diskaun kompaun sehingga 70% sempena ulang tahun ke-22 bandar raya Shah Alam

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sempena perayaan ulang tahun ke-22 tahun bandar raya Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberikan insentif diskaun kompaun sebanyak 70 peratus sehingga 31 Oktober ini.


Timbalan Datuk Bandar, Mohd Rashidi Ruslan berkata, MBSA turut menawarkan pengurangan kompaun letak kenderaan sebanyak RM10 sejak awal bulan Oktober.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut Rashidi tawaran ini diberikan demi menghargai penduduk yang mungkin berdepan kekangan kewangan, katanya di program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 pada Ahad.


Selain itu pihak berkuasa tempatan itu turut menawarkan insentif penggunaan kemudahan secara percuma pada tarikh tertentu sempena ulang tahun bandar raya berkenaan.


Turut ditawarkan adalah tempat letak kereta percuma di Bangunan Wisma MBSA dan Hab Seksyen 19 pada 11 Oktober, selain sewaan dewan serbaguna serta gelanggang MBSA bagi aktiviti sukan pada 10 Oktober lalu.


Keahlian percuma untuk Perpustakaan MBSA juga diberikan sepanjang bulan ini.

 

- Jangan lepaskan peluang ini, 'hutang' wajib kena bayar! -

 

Sinar Harian