MBSA sediakan pengangkutan percuma ke hospital bagi warga emas dan OKU

oleh Penyumbang Rencana|
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pengangkutan percuma dikenali kenderaan komuniti MBSA untuk membawa orang kurang upaya (OKU) dan warga emas ke hospital serta pusat rawatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, inisiatif tersebut sebagai salah satu tanggungjawab sosial bagi membantu mereka yang berdepan masalah pengangkutan.

 

Menurutnya, sebanyak lapan lokasi terpilih yang menyediakan perkhidmatan itu terdiri Hospital Shah Alam, Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam, Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam dan Klinik Kesihatan Bukit Kuda Klang.

 

"Kemudahan turut disediakan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Besar Sungai Buloh Selangor, Klinik Kesihatan Sungai Buloh Selangor dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kemudahan itu disediakan buat warga Shah Alam yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

 

"MBSA menyediakan dua van telah diubah suai untuk golongan OKU dan sebuah Proton Exora untuk golongan warga emas.

 

"Kenderaan tersebut dilengkapi dan disesuaikan untuk kegunaan golongan OKU dan warga emas dengan kemudahan ‘tail lift’ yang boleh menampung seseorang yang berkerusi roda," katanya.

 

Ujarnya, tempahan boleh dibuat seminggu sebelum penggunaan perkhidmatan ini dengan menghubungi Seksyen Kemasyarakatan, Jabatan Pembangunan Komuniti, MBSA di talian terus 03-5522 2732 atau 03-55105133 sambungan 1381.

 

 

Sinar Harian

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Sebelum itu pada Selasa lalu,  mangsa pokok tumbang berkeras tidak mahu Jabatan Bomba dan…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Feroz Hanif Mohamed Ahmad, 47, yang memegang jawatan sebagai Penolong…
Informasi
  MBSA juga mengingatkan penduduk agar segera menghubungi Pasukan PANTAS di talian 03-5510581…