MBPJ: Penukaran laluan dari dua hala ke sehala di Jalan PJU 10/1

oleh SALINA JALIL|
Peta Laluan
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menukar aliran lalu lintas dua hala kepada sehala di sebahagian Jalan PJU 10/1 bermula 12 Mac sehingga Jun 2021 secara percubaan.


Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ berkata, sistem jalan sehala itu akan bermula dari Jalan PJU 10/1 di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Kebangsaan Damai 1.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sistem sehala itu akan diadakan secara percubaan dalam tempoh tiga bulan. Tujuannya bagi mengurangkan kesesakan selain melancarkan pergerakan lalu lintas di kawasan tersebut.

 

“Sepanjang tempoh percubaan itu, MBPJ akan memantau pergerakan trafik bagi melihat kecekapan dan tahap keselamatan di Jalan PJU 10/1 dan jalan sekitarnya,” katanya menerusi satu kenyataan.

 

Katanya, percubaan pelaksanaan jalan sehala selama tiga bulan itu juga tidak mendapat sebarang bantahan daripada pengguna jalan raya dan juga penduduk sekitar.

 

“Ianya dijangka dapat meningkatkan kapasiti jalan dan keselamatan di kawasan yang terlibat selain tempoh percubaan dilihat menghapuskan konflik lalu lintas.

 

“MBPJ juga akan menilai tahap keberkesanan semasa tempoh percubaan dilaksanakan dan sekiranya mengurangkan kesesakan lalu lintas, ia akan dipertimbangkan untuk dikekalkan,” ujarnya.

 

 

Kosmo