MBPG kuat kuasa larangan letak kenderaan luar pagar rumah 1 Januari

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bakal menguatkuasakan larangan meletak kenderaan di hadapan rumah bermula 1 Januari 2024.

Datuk Bandar, Datuk Asman Shah Abd Rahman, berkata keputusan mengikut Undang-Undang Kecil, Jalan, Parit dan Bangunan MBPG itu dibuat pada suatu mesyuarat khas pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan pada Rabu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, pada dasarnya, semua ahli majlis MBPG bersetuju dan menerima kertas dasar pelaksanaan larangan itu.

"Mulai sekarang sehingga 31 Disember adalah tempoh memberi kesedaran dan pendidikan kepada semua pihak dengan cara pengeluaran notis pemberitahuan kepada yang terbabit," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada 4 Oktober lalu, tular satu notis pemberitahuan daripada MBPG mengenai larangan meletakkan kenderaan di hadapan rumah iaitu di luar pagar yang boleh menyebabkan halangan lalu lintas di tempat awam.

Kemudian pada 10 Oktober, Asman selepas satu mesyuarat khas memaklumkan, penguatkuasaan itu akan dilaksana secara berfasa bertujuan menjaga keharmoian masyarakat.

Ia berikutan MBPG menerima 349 aduan dalam tempoh awal tahun ini hingga bulan lalu berkait kenderaan diletakkan di depan rumah menghalang laluan.

Asman berkata, MBPG tidak akan terus mengeluarkan kompaun jika penduduk melakukan kesalahan itu kerana siasatan akan dilakukan terlebih dahulu.

"Kita akan lakukan siasatan dengan berjumpa pengadu dan pemilik kereta. Notis akan diberikan kepada pemilik kenderaan yang menghalang laluan dan tempoh sehingga 21 hari untuk pemilik kereta mengambil tindakan penambahbaikan.

"Sekiranya tiada tindakan, MBPG akan mengeluarkan kompaun RM100 hingga maksimum RM2,000 bagi kesalahan berulang," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau bagaimanapun berkata, penguatkuasaan undang-undang itu dijangka hanya akan mula dilaksana…