MBM Resources catat peningkatan pendapatan RM70.6 juta Q4 2020

oleh Mohamad Hanif|
MBM Resources Berhad mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak RM70.6 juta untuk tempoh suku keempat yang berakhir 31 Disember 2020 berbanding tempoh yang sama tahun 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pendapatan kumpulan tersebut melonjak sebanyak 14.3 peratus berbanding suku keempat yang berakhir pada Disember 2019 yang mencatatkan pendapatan RM563.4 juta.

Perubahan positif tersebut disumbangkan oleh sektor penjualan kenderaan dan pembuatan komponen automotif disebabkan peningkatan permintaan yang tinggi dikalangan pengguna serta pengeluar kenderaan.

Selain daripada itu, kumpulan tersebut turut menggandakan PBT dengan peningkatan sebanyak RM49.2 juta, atau 104.0 peratus berbanding tempoh yang sama dengan jumlah yang dicatatkan sebanyak RM96.5 juta.

Sementara pegangan di dalam syarikat bersekutu pula menyaksikan peningkatan keuntungan sebanyak RM65.8 juta berbanding suku yang sama, dengan peningkatan sebanyak RM22.1 juta, atau 50.6 peratus.

Menurut CEO dan Presiden MBM Resources Berhad, Encik Muhammad Fateh Teh Abdullah menjelaskan, "dengan lanjutan tempoh pengecualian cukai jualan kepada kenderaan penumpang sehingga 30 Jun 2021 di bawah pakej stimulus PENJANA dan respon positif daripada pelanggan, MBM Resources berharap agar dapat mengekalkan minat pembelian kenderaan bagi kedua-dua segmen pasaran kenderaan penumpang dan komersial pada tahun 2021.

Beliau turut menambah, "kumpulan juga sedar akan cabaran dan ketidaktentuan yang dihadapi disebabkan kes COVID-19 yang masih lagi tinggi di dalam negara dan di peringkat global, dan ia akan menjadi faktor risiko utama yang bakal melemahkan prestasi kumpulan untuk tempoh terdekat.

MBM Resources merupakan salah satu kumpulan automotif di Malaysia yang menaungi beberapa jenama seperti Perodua, Volvo, Volkswagen, Daihatsu, dan Hino.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MBM Resources Berhad baru-baru ini mengumumkan pelantikan dua orang anggota baharu di dalam barisan…