MBI guna kaedah pemanasan asphalt in-situ tampal jalan rosak

oleh Hamimah Hamid|
MAJLIS Bandaraya Ipoh (MBI) kini menggunakan kaedah pemanasan asphalt in-situ bagi menampal jalan yang rosak di sekitar bandar raya itu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, melalui kaedah itu proses pembaikan jalan berlubang akan mengambil masa yang singkat serta meningkatkan lagi kualiti tampalan berbanding kaedah sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menjelaskn mengenai kaedah pemanasan asphalt in-situ itu Daruk Rumaizi berkata, ia merupakan teknologi terkini yang menggunakan jentera secara pakej.

 

"Ia bermakna di dalam kenderaan yang sama ia meliputi peralatan pemanasan, pengorekan, proses penyediaan bitumen aspalt dan jentera pemadatan.

 

"Uji cuba kaedah ini telah dilaksanakan bagi menambah baik proses tampalan jalan yang sebelum ini menggunakan kaedah 'mark and cut’yang mengambil masa lama untuk dilaksanakan," katanya.

 

Datuk Rumaizi berkata, kaedah itu akan digunakan di jalan-jalan utama di sekitar kawasan pentadbiran MBI.

 

"Kaedah ini digunakan bermula pada November 2023 bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya dan secara tidak langsung akan mengurangkan aduan pothole yang kerap berlaku.

 

"Ia terutamanya pada musim peralihan monsun yang mempunyai kadar taburan hujan tinggi,” katanya.