MB&F HM6 Final Edition - jam tangan eksklusif akhiri siri HM6, 8 unit terhad

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Maximilian Busser and Friends (singkatan MB&F) mungkin merupakan satu jenama yang asing bagi mereka yang hanya melayan jam getah pasar malam acah-acah edisi terhad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bagi jauhari yang mengenal manikam, pengeluar jam tangan Swiss ini amat sinonim dengan rekaan muka jam yang lari daripada rekaan konvensional sedia ada. 
 


Di bawah siri Horological Machine No. 6 (HM6), MB&F hadir dengan model Final Edition yang diperbuat daripada keluli tahan karat yang masih mengekalkan reka bentuk futuristik dan tidak konvensional itu. 

Casis 52 mm kalis karat itu lebih menyerupai bentuk sebuah kapal angkasa lepas yang dihiasi dengan motif berwarna biru pada dial nombor yang terdapat di setiap penjuru jam. 
 


Bagi melindungi mekanisme jam daripada sebarang masalah dan ketidaktepatan masa akibat sinaran ultraviolet, MB&F telah mencipta flying tourbillon dengan pelindung yang boleh lipat yang terkandung di bahagian sfera tengah muka jam. 

Casis jam tangan HM6 Final Edition ini didatangkan dengan 85 komponen berasingan, sembilan buah kubah sapphire dan tahan kepada kedalaman air sedalam 30 meter. 
 


Untuk menambahkan keeksklusifan HM6 Final Edition ini di mata pemilik, bahagian strap jam tangan ini diperbuat daripada kulit buaya. 

HM6 Final Edition hanya dihasilkan dalam unit yang sangat terhad, iaitu 8 unit sahaja dengan harga jualan bermula dari US$215,000 (RM880 ribu!). 
 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…