MB Selangor tetap mahu sektor ekonomi ditutup semasa PKPD

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan negeri Selangor tetap mahu sektor ekonomi ditutup di kawasan-kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu ini.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, beliau mahu Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk terus menutup sektor ekonomi kecuali yang mana perlu sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kerajaan negeri melihat PKPD sebagai usaha untuk memutuskan rantai penyebaran pandemik sehingga ia tercapai.

Ciapan beliau juga menerangkan bahawa pihak kerajaan negeri mahu menyegerakan proses vaksinasi untuk pekerja-pekerja dan kadar vaksinasi adalah faktor utama sektor ekonomi dibuka semula.

Selangor mencapai angka positif Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 4,152 kes semalam dan antara puncanya ialah saringan menyeluruh dan proses saringan kontak rapat yang dilakukan di kawasan-kawasan PKPD.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Jadual perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis adalah pada 11 pagi, manakala dari Kuala Perlis…
Berita Domestik
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata industri automotif…
Berita Domestik
Disebabkan perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang dilaksanakan pada ketika ini,…