Berita beliau melakukan pandu uji Ford Ranger Raptor tular setelah seorang saksi orang awam memuat-naik gambar-gambar berkaitan.
Sebelum ini, Setiausaha Politiknya, Afnan Hamimi Taib Azamudden menidakkan insiden tersebut dan bertegas mengatakan Menteri Besar itu hanya berhenti untuk membeli makanan kerana R&R dilebuh raya ditutup. Menteri itu kemudiannya ternampak Raptor tersebut dan pergi untuk melihat.
Sanusi berkata beliau masih menunggu notis itu dan akan pergi membayar kompaun selepas menerimanya.
Pihak PLUS melaporkan R&R mereka tidak pernah tutup dan masih beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam, walaupun di kawasan-kawasan PKPD.