MB Johor arah JKR baiki segera jalan sekitar Pasir Gudang, Senai

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Kosmo
Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat terbabit untuk mengambil tindakan segera bagi membaik pulih jalan-jalan di sekitar Pasir Gudang dan Senai.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ini bertujuan untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya selain memberi keselesaan serta mengurangkan kesesakan yang berlaku di Lebuh Raya Pasir Gudang dan Senai.

“Dukacita melihat keadaan jalan-jalan di sekitar Pasir Gudang dan Senai yang tidak banyak berlaku perubahan sejak lawatan saya yang lalu.

“Saya telah meminta pihak JKR dan syarikat yang terbabit mengambil tindakan dan penyelesaian segera khususnya melibatkan kerja pembaikan di sekitar Pasir Gudang dan Senai menghala ke Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, Onn Hafiz turut berkesempatan melihat sendiri keadaan lebuh raya di Pasir Gudang yang banyak mengalami kerosakan yang mengganggu kelancaran lalu lintas.

Beliau berkata, penambahbaikan yang difikirkan perlu untuk disegerakan ialah menaik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang daripada empat lorong kepada enam lorong dari persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke Pasir Gudang.

“Selain itu, projek lain yang perlu dilakukan segera ialah pembinaan jalan penghubung Jalan Cempedak 2, Taman Kota Masai ke Jalan Nikel, Zon 12C, kita percaya ia akan dimulakan pada bulan depan.

“Turut perlu disediakan ialah projek jejambat Jalan Besar, Pasir Gudang. Saya sedar masih banyak lagi jalan-jalan yang memerlukan penambahbaikan di Pasir Gudang, Senai dan seluruh Johor,” katanya.

 

- takkan setiap masa MB arah baru kerja jalan? -

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten…