Mazdaspeed pergi tak kembali - Mazda

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang diketahui umum, Mazda kini sudah pun mempunyai 'senjata' baharu bagi menjadikan jenama itu terus ampuh di dalam segmen premium, iaitu platform pacuan roda belakang dan enjin enam silinder sebaris.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin ada di antara peminat Mazda yang mahukan pengeluar tersebut tampil dengan sebuah produk Mazdaspeed yang lebih sporti dengan spesifikasi enjin enam silinder sebaris dan pacuan roda belakang sebagai saingan kepada divisyen-divisyen pantas seperti BMW M dan Mercedes-AMG.

Namun begitu, Mazda tetap menegaskan pihak mereka tidak akan menghidupkan kembali subjenama pantas Mazdaspeed ke dunia.

Dalam temubual bersama WhichCar, Mazda percaya barisan model sedia ada sudah cukup baik dan dinamik, dan tiada ruang untuk penawaran varian berprestasi tinggi yang lebih lengkap.
 

CX-60


"Ia memang satu perkara bagus, akan tetapi jumlah jualan realistik adalah sangat kecil," ujar Alastair Doak, pengarah pemasaran Mazda Australia.

"Kami sudah pun mempunyai spesifikasi GT dan SP GT - kami fikir model-model Mazda sedia ada mempunyai pemanduan dan pengendalian yang cukup baik," jelasnya lagi.

Bertahun-tahun sebelum ini, terdapat ura-ura di mana Mazda akan hadir dengan sebuah model Mazda3 MPS, diikuti dengan kehadiran sedan Mazda6 pacuan roda belakang baru-baru ini, namun kedua-dua khabar angin tersebut telah dinafikan oleh syarikat Zoom-zoom itu.

Sumber: WhichCar

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun sebagai salah satu syarikat Jepun yang kini sedang berubah ke arah sebuah jenama premium,…