
Setiap perincian Mazda6e dibangunkan untuk menawarkan pengendalian yang tepat, tindak balas yang intuitif, dan kawalan yang semula jadi.
Semua ini digabungkan bagi menghasilkan rasa kesatuan antara kereta dan pemandu iaitu satu prinsip asas dalam falsafah Jinba Ittai.
Dinamik pemanduan Mazda6e ditala dengan teliti untuk membangkitkan keyakinan serta menawarkan keseronokan pemanduan yang berpanjangan.
Susun atur kokpit berfokuskan pemandu dan tempat duduk yang direka secara ergonomik memastikan kejelasan, keselesaan dan kawalan walaupun dalam perjalanan jauh.

Pelanggan di Eropah boleh memilih antara dua rangkaian kuasa elektrik yang menjana 258 ps atau 245 ps.
Kedua-dua versi 6e menawarkan daya kilas 320Nm, membolehkan pecutan lancar dan prestasi pacuan belakang yang responsif.
Seperti semua model Mazda untuk pasaran Eropah, Mazda6e dibangunkan oleh jurutera Mazda di Hiroshima, Jepun, dan di Oberursel, Jerman.
Pembangunan ini dibuat khusus untuk memenuhi jangkaan pelanggan Eropah.

Stereng, suspensi dan talaan pedal dilaraskan dengan teliti untuk menghasilkan rasa pemanduan yang harmoni dan meyakinkan.
Sistem pacuan belakang, suspensi belakang jenis pelbagai pautan, serta agihan berat seimbang 50:50 memberikan pengendalian yang mantap dan maklum balas yang tepat.
Kadar olengan (yaw rate) diselaraskan agar sepadan dengan persepsi semula jadi manusia.
Ciri stereng dan penyerap hentak yang ditala dengan berhati-hati meningkatkan ketepatan dalam setiap gerakan.

Sistem kawalan brek bersepadu membolehkan peralihan yang lancar antara pecutan, membrek dan pengambilan selekoh.
Ini meningkatkan kestabilan dan keselesaan pemanduan.
Spoiler belakang yang beroperasi secara automatik pada kelajuan 97 kilometer sejam (km/j) menambah daya mendap dan mengoptimumkan kestabilan pada kelajuan tinggi.
Mazda6e menawarkan tiga mod pemanduan iaitu Normal, Sport dan Individual untuk pemandu menyesuaikan pengalaman pemanduan mengikut gaya masing-masing.

Mod Normal
- Pemanduan lancar dengan mengimbangi jarak dan prestasi.
- Sesuai untuk kegunaan harian.
- Pecutan adalah lancar.
- Pembrekan regeneratif dan rintangan stereng ditetapkan pada tahap standard.
- Rintangan stereng juga berada pada tahap standard.
Mod Sport
- Direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan dan dinamik.
- Menawarkan pecutan yang kuat.
- Pembrekan regeneratif berada pada tahap sederhana.
- Rintangan stereng ditingkatkan untuk rasa pemanduan yang lebih tepat.
Mod Individual
- Membolehkan pemandu melaras sendiri ciri pecutan, pembrekan regeneratif dan rintangan stereng mengikut kehendak.
- Pecutan boleh dipilih antara tahap sederhana atau kuat.
- Pembrekan regeneratif boleh dilaras dalam empat tahap: rendah, standard, sederhana dan kuat.
- Rintangan stereng boleh dilaras di antara tetapan standard dan sport.

Mazda6e serba baharu mewakili evolusi falsafah Jinba Ittai dalam era elektrifikasi.
Ia mengekalkan pengalaman pemanduan tersendiri yang menjadi identiti model-model terdahulu, sambil memperkenalkan tahap ketepatan, tindak balas dan kesempurnaan baharu.
Setiap aspek rekaan menyumbang kepada pengalaman pemanduan yang dinamik, mengasyikkan dan tidak dapat disangkal dan satu pengalaman Mazda sejati.
Menggabungkan ketukangan berseni, reka bentuk penuh pertimbangan dan teknologi terkini, pelanggan di Eropah bakal merasa definisi Jinba Ittai pada sebuah jentera elektrik dari Mazda.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
