Mazda6 takkan hadir dalam versi RWD - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Dalam kegembiraan para peminat tentang khabar angin kehadiran sedan pacuan roda belakang, berita terbaharu ini bakal membuatkan mereka kecewa dan murung teruk.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menurut laporan Autocar (menerusi Road & Track), Mazda mungkin tidak akan hadir dengan pengganti sedan Mazda6 yang dikhabarkan mempunyai konfigurasi pacuan roda belakang walaupun pengeluar itu kini sudah pun mempunyai platform baharu.

Ketua unit kejuruteraan dan pembangunan Mazda Eropah, Joachim Kunz menjelaskan, "adalah satu perkara yang baik untuk mempunyai sebuah konsep sedan FR dan enjin enam silinder sebaris sebagai pengganti Mazda6.

"Namun begitu, perkara yang paling penting pada ketika ini adalah menjual SUV, melihatkan kepada peningkatan tren yang berterusan, dan bagi Mazda, ia adalah berkaitan apa yang paling laris terjual.

Sebagai makluman, penawaran model Mazda6 telah pun dihentikan di beberapa pasaran, seperti di Amerika Syarikat pada tahun lalu, dan tiada sebarang perancangan untuk model sedan tersebut pada masa akan datang.
 

CX-60


Platform baharu yang digelar sebagai Large Architecture ini merupakan pelantar dengan konfigurasi pacuan roda belakang atau pacuan semua roda yang telah pun melahirkan SUV CX-60, dan beberapa SUV baharu lain seperti CX-70, CX-80 dan CX-90.

Satu hakikat yang terpaksa diakui, penguasaan pasaran sedan semakin mengecil saban tahun.

Untuk sebuah syarikat yang relatifnya kecil berbanding rakan-rakannya dari Jepun, adalah tidak menguntungkan bagi Mazda untuk hadir dengan produk sedan baharu dengan angka jualan yang lebih rendah berbanding SUV yang jauh lebih popular.

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Pelancaran
Model edisi khas ini diperkenalkan sebagai tanda peringatan 20 tahun sejak model generasi pertama…
Berita Global
Untuk melaksanakan hasrat tersebut, pengeluar yang sinonim dengan imej Zoom-zoom itu mempunyai…
Berita Domestik
Sedan Mazda6 2021 masih lagi merupakan unit CBU sepenuhnya dari Jepun dan didatangkan dalam dua…