Mazda6 GT SP 2021 Australia dapat nadi Skyactiv-G 2.5L turbo, 228 hp/420 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Mazda Australia telah mengemaskini penawaran bagi model sedan dan station wagon Mazda6 untuk tahun 2021, dengan pengenalan model baharu yang dikenali sebagai GT SP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara ciri standard yang dibawakan pada Mazda6 2021 adalah lampu utama LED, lampu belakang LED, rim aloi bersaiz 17 inci, skrin infotainmen 8 inci, navigasi satelit, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, kawalan iklim dua zon, serta roda stereng dan tombol gear dengan balutan kulit.

Sementara varian Touring pula menambah ciri seperti lampu nyalaan siang LED, penderia parkir hadapan, cermin sisi dengan fungsi auto-lipat, tempat duduk hadapan boleh laras berkuasa dan sistem kemasukan tanpa kunci.

 


Mazda6 GT SP dikatakan menggantikan model GT yang terdahulu dan menerima beberapa ciri eksklusif seperti perumah cermin sisi gelap, rim aloi unik bersaiz 19 inci dengan kemasan hitam metalik, penawaran upholesteri kulit burgundy dengan jahitan merah di dalam, tempat duduk hadapan dengan ciri pemanas, dan sistem pencahayaan adaptif.

Varian yang lebih tinggi daripada GT SP, iaitu varian Atenza pula mendapat kelengkapa tambahan seperti bumbung suria, tempat duduk berventilasi, skrin paparan berbilang info TFT tujuh inci, pencahayaan ambien, trim kayu, sistem kamera 360 darjah, serta roda stereng dengan fungsi pemanasan.

 


Dari segi trenkuasa, varian GT SP dan Atenza didatangkan dengan enjin Skyactiv-G 2.5 liter turbo yang menghasilkan 228 kuasa kuda dan 420 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, serta pulangan bacaan penggunaan bahan api sekitar 7.6 liter/100 km/

Sementara varian aras mula (Sport) dan pertengahan (Touring) pula dikuasakan oleh enjin Skyactiv-G 2.5 liter yang menjana 188 hp dan 252 Nm dan memberikan penggunaan bahan api sekitar 7.0 liter/100 km.

 


Moden sedan Mazda6 2021 dijual pada harga AU$34,590 (RM108,232) manakala wagon Mazda6 2021 pula dari AU$35,890 (RM112,300).

Sementara model GT SP dan Atenza pula masing-masing bermula dari AU$46,690 (RM146,093) dan AU$50,090 (RM156,732) untuk sedan, dan AU$47,990 (RM150,161) dan AU$51,390 (RM160,800) untuk model station wagon.