MAZDA6 BAHARU 2018: SOFISTIKATED DAN ELEGAN PADA HARGA RM156k-RM197k

oleh Arahman Crew|
Bermaz Motor berbesar hati untuk memperkenalkan Mazda6 2018 baharu yang telah direka semula dengan lebih sofistikated dan menyempurnakan lagi aspirasinya. Model utama kereta penumpang Mazda itu menjadi gambaran terbaik falsafah KODO – Soul of Motion Mazda. Mazda6 2018 baharu menampilkan perincian dan teknologi premium yang berpaksikan kepada falsafah pembangunan berdasarkan kepada manusia Mazda. Semua perinciannya telah difikirkan semula untuk meningkatkan lagi penampilan dan prestasinya.

Mazda6 telah memenangi banyak anugerah termasuklah Anugerah Reka Bentuk Red Dot 2013, Sedan Terbaik Autobytel 2016, Kereta Eksekutif ASEAN 2016, 2017 IIHS Top Safety Pick+ dan terbaru 2018 Cars of Malaysia Top Sportswagon and Top Sports Executive Sedans. Mazda6 2018 baharu juga telah memenangi anugerah “Jenama Prestasi Terbaik” dan “Jenama Gayaan Kereta Terbaik” dalam Anugerah Imej Jenama Kelly Blue Book’s 2018, selain memperoleh Penarafan 5 Bintang daripada Car And Driver.

 

Mazda6 2018 baharu hadir lebih menarik menerusi perubahan luaran
yang signifikan, dengan fokus kepada aspek elegan dan rasa yang lebih
premium. Ini termasuklah gril hadapan rekaan baru yang menyerlahkan
lagi penampilan kereta ini yang mantap dan lebar. Mazda6 2018 baharu
kini dipasang dengan lampu utama LED yang kemas dan rim rekaan
baru. Bamparnya juga telah direka semula bersama corong udara untuk
menambah baik prestasi aerodinamik Mazda6 dengan menyalurkan
udara ke bahagian hadapan tayar. Bahagian belakang pula tampil
dengan kemasan krom baharu, rekaan lampu baharu yang kemas dan
tajam, bagi menyerlahkan fizikalnya yang memiliki pusat graviti rendah
dan berkuasa. Sementara corong ekzos diletakkan hampir dengan bucu
kereta.

 

Dari segi perubahan ruang dalaman, Mazda6 2018 baharu menerima
penambahbaikan yang komprehensif. Papan pemuka dilebarkan untuk
menyerlahkan lagi garis-garis tajam dan sofistikasi Mazda yang tidak
terlalu menonjol itu. Paparan infotainmen MAZDA CONNECT dilebarkan
menjadi lapan inci, diletakkan lebih tinggi untuk mengurangkan sudut
penglihatan dan memberi pandangan lebih jelas dengan sekali pandang
sahaja.

Mazda6 2018 baharu kini hadir dengan projeksi Paparan Pemanduan
Aktif pada cermin utama*. Prestasi tempat duduk hadapan Mazda6 2018
telah dipertingkatkan untuk membentuk bentuk S secara semula jadi
dengan tulang belakang manusia, sekali gus membantu menambah baik
aspek keselesaan dan mengurangkan keletihan. Tempat duduk hadapan
turut dilebarkan untuk meningkatkan sokongan fizikal kepada pemandu
dan penumpang. Poin mengecas USB disediakan pada perehat tangan
belakang, selain di tempat meletak botol minuman. *
Varian 2.2L & 2.5L sahaja.

Pasukan reka bentuk Mazda telah menambah lebih banyak perincian
premium untuk meningkatkan rasa kualiti pada bahagian dalaman dan
luaran Mazda6 2018. Seterusnya menambah elegan dan composure
kepada penampilannya yang memenangi anugerah itu.

Mazda dilihat terus menambah baik Mazda6 dengan mereka semula
suspensi serta mengukuhkan lagi chasis demi menawarkan pengalaman
pemanduan Jinba Ittai yang lebih lancar dan menyeronokkan. Aspek
NVH Mazda6 ditambah baik dengan panel pintu, kaca luaran, kemasan
bumbung dan seal pintu lebih tebal. Sekali gus dapat menawarkan
pengalaman pemanduan sebuah kereta penumpang yang premium.

Mazda turut memasang View Monitor* terkini Mazda ke dalam Mazda6
2018. Ciri itu akan memaparkan setiap sudut kenderaan sewaktu
memarkir dan mengundur menerusi penggunaan empat unit kamera
bagi memberi gambaran kenderaan serta kawasan sekeliling yang jelas
kepada pemandu. Kini dilengkapi dengan rangkaian teknologi
keselamatan termaju i-ACTIVSENSE Mazda lebih luas yang membantu
pemandu mengenal pasti risiko, selain meminimumkan kerosakan atau
kecederaan. Mazda6 2018 turut dipasang dengan sistem Driving
Attention Alert (DAA)* yang “belajar” tentang tingkah laku pemandu
pada kelajuan 65km/j ke atas dan akan memberi amaran sekiranya
corak pemanduan yang tidak normal dikesan. Smart City Brake Support
Rear (SCBS R)* membantu menghalang pelanggaran pada kelajuan
rendah apabila pemandu mengundurkan kenderaan. Jika sistem
mendapati pelanggaran tidak dapat dielakkan, pemandu akan diberi
amaran dan brek ditekan secara automatik untuk menghalang atau
mengurangkan impak pelanggaran.*
Ditawarkan pada varian 2.2L dan 2.5L sahaja.

 

Mazda6 2018 baharu CBU ditawarkan dalam varian SKYACTIV-G 2.0L,
SKYACTIV-G 2.5L & SKYACTIV-D 2.2L; semuanya dipadankan dengan
transmisi automatik SKYACTIV-DRIVE enam kelajuan dengan penukar
gear secara manual, mode sports serta teknologi G-Vectoring Control
(GVC) Mazda. Enjin 2.0L dan 2.2L hanya ditawarkan pada varian sedan,
manakala enjin 2.5L hadir dalam varian sedan dan Touring. Ada 7 pilihan
warna: Snowflake White Pearl, Sonic Silver, Jet Black, Deep Crystal Blue,
Soul Red Crystal, Machine Gray dan Titanium Flash. 

 

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pengenalan ini adalah sebahagian daripada pendekatan Multi-Solution Approach dan mempunyai…
Berita Global
Melihatkan kepada peluang itu, syarikat penala AutoExe kini menawarkan pakej kit badan untuk SUV…
Informasi
  Warna khas itu dicipta melalui kaedah unik teknologi mengecat Mazda yang dipanggil sebagai …