Mazda3 terus cemerlang, menang kereta terbaik di 2 negara pada bulan sama

oleh Muhammad Md Tajudin|
Penghujung tahun begini adalah musim penganugerahan kereta tahunan terbaik atau Car of the Year Award (COTY).

Melalui anugerah sebegini, pengguna dapat membuat rujukan berdasarkan pilihan pihak industri. Meskipun sesebuah model itu popular tidak semestinya ia boleh memenangi COTY. 

Jika menang berganda boleh dikatakan model itu adalah produk yang bagus.

Mazda mempunyai produk yang dikagumi hebat dan lebih mengujakan apabila Mazda terpilih sebagai COTY dari dua buah negara dalam minggu yang sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda3

 

Pada 21 November lalu Mazda mengumumkan Mazda3 terpilih sebagai COTY China 2020 dan sehari selepas itu giliran COTY Thailand 2019. Pada bulan yang sama juga Mazda3 juga dipilih sebagai Kereta Wanita Terbaik Dunia 2019.

Ini adalah kali pertama Mazda memenangi COTY China dan ia satu kejayaan hebat di pasaran kereta penumpang yang melebihi 24 juta unit. Bukan sahaja besar, saingan di China juga hebat kerana ia tumpuan pengeluar dunia selain pengeluar tempatan.

Dari 1 Oktober 2018 hingga 30 September 2019 sebanyak 194 buah model dilancarkan di tanah besar China dan kesemua model itu layak dipertandingkan.

Mazda3 akhirnya terpilih daripada sepuluh senarai pendek oleh panel juri seramai 38 orang termasuk jurnalis automotif.

Tidak seperti pasaran tempatan, hanya Mazda3 sedan dijual di China dan ia dikeluarkan di kilang Changan Mazda Automobile Co., Ltd. sejak Ogos 2019.

 

Mazda3

 

Di Thailand pula Mazda3 dipilih sebagai COTY 2019 oleh Persatuan Jurnalis Automotif Thai. Ini adalah kali kedua Mazda memenangi COTY Thailand selepas Mazda CX-3 pada tahun 2016.

Mazda3 terpilih di antara tujuh model yang disenarai pendek dan diadili oleh lebih 60 jurnalis automotif.

Pengguna di Thailand ditawarkan dengan dua model iaitu sedan dan hatchback dan dikilangkan di AutoAlliance (Thailand) Co., Ltd. sejak Mei 2019.

Di pasaran tempatan, Mazda3 sedan dan hatchback dilancarkan 17 Julai 2019.

Dua model itu dipecahkan kepada tiga pilihan utama iaitu 1.5 (sedan & hatchback), 2.0 High (sedan) dan varian tertinggi 2.0 High Plus (sedan & hatchback).

 

Mazda3

 

Berikut ialah senarai harga Mazda3:

  • Skyactiv-G 1.5L Sedan/Hatchback - RM139,620
  • Skyactiv-G 2.0L High Sedan - RM150,059
  • Skyactiv-G 2.0L High Plus Sedan/Hatchback - RM160,059

Berbanding model segmen C lain, Mazda3 berada pada harga premium kerana ia diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun dengan spesifikasi tinggi.

Mazda3 juga mempunyai sensasi tersendiri kerana ia dipersembahkan dalam bentuk yang berbeza dengan pesaing lain.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…