Mazda3 terima naiktaraf enjin Skyactiv-X dengan teknologi mild-hybrid di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Tidak banyak pasaran di dunia menikmati model Mazda3 dengan enjin Skyactiv X yang dilengkapi teknologi yang dinamakan sebagai Spark Ignition Control Compression Ignition (SPCCI) itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun di Jepun, enjin Skyactiv-X itu terus mendapat penambahbaikan di mana ia kini dilengkapi dengan teknologi mild-hybrid pula!
 


Enjin yang dikenali sebagai e-Skyactiv X itu telah dioptimasikan kawalan pembakaran bahan api, selain kadar respon unit pengecas lampau yang dipertingkat selari dengan kawalan pendikit bagi memastikan respon enjin yang lebih ringan.

Ia turut dibantu dengan motor AC 24V, di mana gandingan ini membolehkan enjin meningkatkan output kepada 188 kuasa kuda dan daya kilas 240 Nm daripada angka asal 177 hp/224 Nm.

 


Peningkatan kuasa itu ditampung dengan penggunaan spring gegelung dan penyerap hentak yang dipertingkat, khusus untuk Mazda3 di pasaran Jepun.

Karakteristik kawalan pelayaran adaptif juga turut dinaiktaraf bertujuan untuk disesuaikan dengan gaya pemanduan normal, manakala ciri Cruising & Traffic Support (CTS) pula kini berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi.

 


Mazda3 yang dilengkapi dengan enjin e-Skyactiv X ini hanya didapati di pasaran Jepun buat masa ini, serta tidak tertakluk kepada model hatchback semata-mata.

Mazda sebelum ini melancarkan Mazda3 dengan trenkuasa Skyactiv-X khusus untuk pasaran Jepun dan Eropah, manakala pasaran selebihnya masih lagi kekal dengan nadi Skyactiv-G, termasuklah enjin 2.5 liter turbo yang masih lagi tidak diakui sebagai sebuah hot hatch sebenar.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…