Mazda3 rasmi dilancarkan di Malaysia - unit CBU, tiga varian, bermula dari RM140k

oleh Mohamad Hanif|
Setelah diperlihatkan secara rasmi beberapa hari yang lalu, Mazda Malaysia akhirnya melancarkan model terbaharu sedan dan hatchback segmen C, Mazda3 untuk pasaran Malaysia sebentar tadi di One Utama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti mana yang semua maklum, Mazda3 didatangkan dalam tiga varian utama, iaitu 1.5 (sedan & hatchback), 2.0 High (sedan) dan varian tertinggi 2.0 High Plus (sedan & hatchback).

 


Dari segi penawaran, varian paling asas didatangkan dengan enjin Skyactiv-G 1.5 liter dengan 114 hp dan 150 Nm daya kilas yang memacu roda hadapan menerusi transmisi auto enam nisbah kelajuan. 

Kesemua empat roda didatangkan dengan rim bersaiz 16 inci, serta lampu nyalaan siang jenis mentol, manakala ruang kabin pula menampilkan tempat duduk kemasan fabrik, dan tiada corong pendingin hawa didatangkan untuk penumpang baris kedua. 
 


Manakala varian paling tinggi pula didatangkan dengan enjin Skyactiv-G 2.0 liter yang menjana 162 hp dan 210 Nm yang digandingkan dengan transmisi auto enam nisbah kelajuan. 
 
Kelengkapan juga lebih mewah seperti rim aloi bersaiz 18 inci, lampu nyalaan siang jenis LED, bumbung suria dan upholsteri kulit menguasai ruang kabin dan tempat duduk.

Untuk keselesaan penumpang belakang, terdapat corong pendingin hawa disertakan. 
 


Ruangan kabin pula menampilkan kemasan dan rekaan papan pemuka yang tampak premium, manakala skrin hiburan di bahagian tengah pula merupakan unit paparan bersaiz 8.8 inci yang boleh dikawal menerusi tombol kawalan di bahagian konsol tengah. 

Ia juga didatangkan dengan ciri sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto. 

Selain daripada ciri G-Vectoring Control Plus yang hadir sebagai ciri standard, Mazda3 didatangkan dengan senarai kelengkapan keselamatan yang terkini seperti:

  • Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS)
  • Kawalan Lampu Tinggi (HBC)
  • Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • Sistem Amaran Masuk Lorong (LDWS)
  • Sistem Bantuan Pengekalan Lorong (DAA)
  • Sokongan Brek Pintar (SBS)
  • Kawalan Pelayaran Radar Mazda (MRCC)

 


Dari segi harga jualan, unit yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) ini dijual pada harga seperti berikut:

Skyactiv-G 1.5L Sedan/Hatchback - RM139,620
Skyactiv-G 2.0L High Sedan - RM150,059
Skyactiv-G 2.0L High Plus Sedan/Hatchback - RM160,059

Tujuh warna pilihan ditawarkan iaitu Soul Red Crystal, Snowflake White Pearl, Polymetal Grey, Machine Grey, Sonic Silver, Deep Crystal Blue, dan Jet Black.

 


Setiap pembelian Mazda3 didatangkan dengan jaminan daripada pengeluar selama lima tahun, serta lima tahun penyelenggaraan berkala secara percuma, termasuklah kos buruh, serta kos alat ganti. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…