Mazda3 dipilih sebagai Women's World Car of The Year 2019!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, Mazda3 telah memenangi anugerah Women's World Car of The Year baru-baru ini?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anugerah yang diadili oleh 41 orang juri wanita itu telah menamakan beberapa buah model kereta mengikut kategori berdasarkan kriteria seperti ciri keselamatan, bernilai untuk setiap wang yang dibelanjakan, nilai astetik, ruang, mesra kanak-kanak, pemanduan yang menyenangkan, serta daya tarikan yang terdapat pada setiap kenderaan. 

Selain diumumkan sebagai juara Women's World Car of The Year, Mazda3 juga turut dipilih sebagai Family Car of The Year, manakala Kia mendominasi dua kategori iaitu Urban dan Green, masing-masing dimenangi oleh Kia XCeed dan Kia Soul EV.

Berikut merupakan keputusan yang ditetapkan mengikut kategori yang dipertandingkan:

Urban - Kia XCeed
Family - Mazda3
Green - Kia Soul EV
Luxury - BMW 8 Series
Performance - Porsche 911
SUV/Crossover - Range Rover Evoque


Anugerah Women's World Car of The Year telah dianjurkan semenjak tahun 2009 dan seperti anugerah-anugerah berprestij yang lain, kriteria dan syarat yang dipertandingkan juga semakin ketat saban tahun. 

Sebelum ini, pemenang anugerah Women's World Car of The Year dimenangi oleh Volvo XC40 (2018), Hyundai Ioniq (2017), Jaguar F-Pace (2016), Volvo XC90 (2015), Mercedes-Benz S-Class (2014) dan Ford Fiesta EcoBoost (2013).
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pemenang anugerah tersebut diumumkan tepat pada sambutan Hari Wanita Sedunia beberapa hari yang…