Mazda3 baharu terap elemen rekaan dari model konsep Kai

oleh Mohamad Hanif|
Generasi ketiga Mazda3 merupakan kenderaan ketiga yang mengaplikasikan bahasa rekaan Mazda 'KODO: Soul of Motion' mula memasuki pasaran dunia pada tahun 2013 dengan menggunakan casis serba baharu Skyactiv dan tidak lagi berkongsi casis daripada platform C1 Ford.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Setelah lima tahun berlalu, Mazda telah menerbitkan sebuah video acah ringkas yang memaparkan bayangan kepada generasi baharu yang bakal menggantikan Mazda3. 

Video berdurasi lima belas saat itu memaparkan bahagian belakang kereta tersebut yang menyerupai rekaan konsep Kai yang telah diperkenalkan sebelum ini menerusi Tokyo Motor Show tahun lalu. 
 


Mazda dikatakan bakal menggunakan khidmat enjin daripada keluarga Skyactiv-X yang menjanjikan peningkatan kuasa dan juga tahap penjimatan bahan api daripada enjin konvensional empat silinder sebaris. 

Mengiringi teknologi Skyactiv-X tersebut ialah platform baharu Skyactiv yang dibina lebih kukuh dan menawarkan ruang yang lebih luas daripada model Mazda3 sedia ada, di samping menambah baik pengendalian, mengurangkan kebisingan, getaran dan kekasaran. 

Namun, menurut laporan Mazda akan menggantikan sistem suspensi multi-link di bahagian belakang dengan sistem gantungan twist-beam yang lebih ringan dan murah. 
 


Konsep Mazda Kai yang dipertontonkan pada tahun lalu menyaksikan bentuk hatchback sama seperti yang dipaparkan pada video acah Mazda kali ini, namun Mazda berkemungkinan besar akan turut menawarkan model Mazda3 dalam bentuk sedan, seperti mana generasi Mazda3 sekarang.

Nantikan berita selanjutnya daripada acara pertunjukan Los Angeles Motor Show pada bulan hadapan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…