Mazda3 2023 kini dengan skrin infohibur 10.25 inci, pengecas tanpa wayar Qi, dari RM156,059

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Motor mengumumkan kemaskini bagi penawaran model sedan dan hatchback segmen C Mazda3 2023.

Terdapat empat varian sahaja ditawarkan untuk pasaran Malaysia, di mana pilihan enjin 1.5 liter Skyactiv-G telah pun digugurkan daripada senarai.

Ini bermakna, pembeli hanya boleh mendapatkan Mazda3 dengan enjin 2.0 liter Skyactiv-G sahaja (162 hp, 210 Nm).
 

m3


Antara pembaharuan yang dibuat termasuklah pengenalan ciri standard seperti pengecasan tanpa wayar Qi, slot USB-C pada konsol tengah, sokongan Android Auto dan Apple Carplay tanpa wayar, dan skrin infohibur baharu bersaiz 10.25 inci.

Varian Ignite Edition pula mendapat ciri tambahan berupa sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara.

Dari segi keselamatan, Mazda3 2023 varian High dan High Plus kini mendapat kelengkapan tambahan iActivsense seperti Cruising & Traffic Support (CTS), di mana ciri itu sebelum ini telah diperkenalkan pada Mazda3 2.0L Ignite Edition.
 

mazxa


Terdapat tujuh pilihan warna termasuklah Soul Red Crystal, Machine Gray, Polymetal Gray, Platinum Quartz, Deep Crystal Blue, Jet Black dan Snowflake White Pearl.

Harga jualan adalah seperti berikut:

• Mazda3 2.0L High Sedan - RM156,059.00
• Mazda3 2.0L High Plus Sedan - RM166,059.00
• Mazda3 2.0L High Plus Liftback - RM166,059.00
• Mazda3 2.0L Ignite Edition - RM175,059.00

Kesemua model Mazda didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau had perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu), serta pakej penyelenggaraan percuma lima tahun atau had perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu) merangkumi alat ganti, pelincir dan kos buruh.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…