Mazda3 2019 - interpretasi bahasa rekaan Kodo yang serba minimalis

oleh Mohamad Hanif|
Mazda telah memperlihatkan generasi baharu Mazda3 secara rasmi dengan penampilan bahasa rekaan Kodo yang serba minimalis dan ringkas - di samping memberikan rupa luaran yang elegan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Elemen yang serba ringkas turut membawakan beberapa rekaan inspirasi daripada kereta konsep Vision Coupe, bermula daripada bahagian gril hadapan diikuti oleh rekaan lampu utama yang lebih tajam. 

Daripada hadapan, garisan dinamik itu diteruskan ke bahagian belakang sebelum diakhiri dengan lampu belakang yang lebih nipis, penggunaan trunk spoiler dan juga sistem ekzos berkembar. 
 


Merupakan kereta pertama yang menggunapakai platform Skyactiv-Vehicle Architecture, platform baharu ini memberikan ruang kabin yang lebih luas, terima kasih kepada penggunaan sistem suspensi torsion beam di bahagian belakang yang lebih ringkas berbanding penggunaan sistem multi-link pada model terdahulu.

Di bawah hud enjin, Mazda memberikan beberapa pilihan sesaran enjin, bermula daripada enjin petrol 1.5, 2.0, dan 2.5 liter serta enjin diesel 1.8 liter. 

Enjin Skyactiv-X yang disebut sebelum ini pula bakal digandingkan dengan sistem M Hybrid yang mampu memberikan jarak operasi yang lebih jauh, serta lebih mesra alam.
 


Dari segi keselamatan, Mazda3 menawarkan beberapa ciri bantuan pemanduan seperti amaran lintasan trafik hadapan, sistem bantuan trafik yang membolehkan kereta berjalan dan membrek secara automatik ketika kesesakan trafik. 

Manakala sistem Driver Monitoring pula menggunakan bantuan input daripada kamera infra merah bagi menentukan sama ada pemandu benar-benar segar ataupun terganggu, seterusnya memberikan isyarat untuk menyedarkan mereka. 
 


Mazda3 juga bakal ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda i-Activ dan tidak dilupakan ciri G-Vectoring Control Plus yang sama diberikan kepada model CX-5 2019.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…