Mazda3 2019 bakal hadir dalam versi hatchback dan sedan

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, Mazda telah menyiarkan imej acah yang menunjukkan bahagian belakang model Mazda3 baharu, dengan tarikh jangkaan pelancaran pada bulan November ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita tersebut disahkan lagi menerusi pendedahan imej acah terbaharu yang memaparkan Mazda3 sedan dan juga Mazda3 hatchback - dikatakan banyak mengambil inspirasi daripada rekaan konsep Mazda Kai.

Menerusi acara Los Angeles Auto Show yang bakal berlangsung pada 30 November sehingga 9 Disember nanti, ia akan menjadi platform utama pengenalan model segmen C Mazda ini ke seluruh dunia. 


Generasi keempat Mazda3 ini menggunakan SkyaActiv-Vehicle Architecture baharu yang dibina lebih kukuh dan menawarkan ruang yang lebih luas daripada model Mazda3 sedia ada, di samping menambah baik pengendalian, mengurangkan kebisingan, getaran dan kekasaran. 

Namun, menurut laporan Mazda akan menggantikan sistem suspensi multi-link di bahagian belakang dengan sistem gantungan twist-beam yang lebih ringan dan murah. 

Dikatakan enjin generasi baharu SkyActiv-X 2.0 liter bakal menjadi nadi utama bagi Mazda3 ini yang menampilkan teknologi Spark Controlled Compression Ignition, dengan kuasa dianggarkan sekitar 190 hp dan daya kilas 230 Nm. 
 


Nantikan berita lanjut daripada acara Los Angeles Auto Show tidak lama lagi. 
 

Mazda KAI Concept.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…