Mazda VISION COUPE menang Kereta Konsep Tahunan di Geneva

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pada Pameran Kenderaan Tokyo yang diadakan tahun lalu Mazda telah mempamerkan dua buah kereta konsep yang berjaya menarik perhatian.

Salah satu kereta konsep tersebut ialah VISION COUPE dan ia suatu yang dinanti-nantikan memandangkan kereta coupe Mazda telah terhenti setakat RX-8. Ada juga yang membuat spekulasi bahawa ini lah model Mazda RX-9. 

Pameran VISION COUPE tersebut juga berjaya mengacah hati peminat Mazda dan media dengan bentuknya yang anggun.

Jadi tidak menghairankan apabila Mazda VISION COUPE berjaya memenangi Kereta Konsep Tahunan pada majlis Malam Rekabentuk Kereta Geneva yang diadakan pada 6 Mac lalu sempena Pameran Kenderaan Geneva.
Mazda VISION COUPE

 

18 Juri antarabangsa

Kemenangan ini adalah suatu yang besar buat Mazda memandangkan ia diadili oleh 18 juri termasuk beberapa pengarah rekabentuk pengeluar kenderaan global.

Ini juga tambahan kepada satu lagi pengiktirafan apabila VISION COUPE berjaya memenangi anugerah Kereta Konsep Tahunan Tercantik pada bulan lalu di Paris sempena Festival Automobil Antarabangsa 2018.

Bakal dijual kepada umum

 

Mazda VISION COUPE

 

Dengan rekabentuk yang anggun begini, sayang pula jika disimpan dalam studio semata-mata. Menurut Pegawai Pengurusan Eksekutif Mazda (Rekabentuk dan Penggayaan), Ikuo Maeda, VISION COUPE adalah intipati kepada kecantikan seni Jepun dan gayaan pada model ini akan digunakan pada model-model baharu Mazda.

Walaupun tidak jelas sama ada VISION COUPE akan dipasarkan atau bakal menggantikan RX-8, suatu yang jelas ialah elemen pada kereta ini boleh disaksikan melalui model baharu Mazda yang akan dilancarkan pada tahun depan.

Masih lagi falsafah KODO

 

Mazda VISION COUPE

 

Suatu yang melekat di kalangan pengikut Mazda ialah falsafah gayaan KODO - Soul of Motion. Falsafah itu ternyata berjaya mengangkat jenama Mazda ke aras lebih tinggi melalui rekabentuknya yang tersendiri.

Gayaan yang dibawa VISION COUPE ini pula menterjemahkan evolusi KODO dan nampaknya Mazda sekali lagi telah berjaya memikat hati pakar dengan laluan yang ditempanya, itu belum lagi bercerita tentang bab teknologi SKYACTIV.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Varian yang dimaksudkan bukanlah EV dengan pek bateri yang lebih besar, sebaliknya crossover MX-30…
Berita Global
Mazda mengumumkan penjualan Bongo Van dan Bongo pada 11 September 2020 dengan tempahan bermula dari…
Berita Global
Ia sebenarnya bukanlah pengenalan terhadap nadi baharu, memandangkan kesemua varian CX-30 yang…