Mazda USA murah hati - tukar minyak hitam, cuci kereta para petugas baris hadapan percuma!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala pengeluar lain sudah pun mula mengerahkan tenaga dan keupayaan pengeluaran masing-masing untuk memproduksikan barangan dan komponen perubatan, Mazda USA pula mengambil langkah yang berbeza.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam satu siaran media, Mazda North American Operations (MNAO) kini menawarkan bantuan kepada para petugas baris hadapan dalam bentuk sokongan servis asas dan juga pembersihan secara percuma.

Ia bukan sahaja tertakluk kepada para pemilik Mazda, malah program tanggungjawab sosial Essential Car Care Program ini juga terbuka kepada mana-mana pemilik kereta jenama-jenama lain sehingga 4 Mei ini.

Menurut Presiden MNAO, Jeff Guyton berkata, "menyokong komuniti di mana kami tinggal dan bekerja merupakan sebahagian daripada sejarah 100 tahun Mazda, dan kami amat berbesar hati untuk menyumbang kembali kepada mereka yang berdedikasi menyelamatkan nyawa ketika pandemik ini.

Mazda membuka peluang ini kepada mana-mana petugas baris hadapan di Amerika Syarikat, termasuklah mereka yang bekerja di hospital, makmal, bank darah, fasiliti rawatan rapi dan banyak lagi.

Antara program yang ditawarkan termasuklah proses pembersihan luar dan dalaman kereta, termasuklah kawasan yang berisiko tinggi akibat sentuhan yang kerap.

Manakala program penukaran minyak hitam pula dihadkan kepada kenderaan-kenderaan tertentu sahaja, tidak termasuk kereta klasik dan eksotik.

Menurut Mazda, mereka melaburkan kira-kira $5 juta untuk program Essential Car Care ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terbaharu, Mazda USA mengumumkan mereka akan menamatkan penjualan bagi model CX-9…
Berita Global
Enjin yang dimaksudkan adalah enjin empat silinder sebaris 2.5 liter turbo Skyactiv-G yang pernah…
Berita Global
Ia melibatkan kelemahan struktur gasket yang digunakan untuk mengimpal sistem pendawaian (wiring…